ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Sep 13, 2023

BANTUAN UNTUK MANGSA GEMPA BUMI MOROCCO

RM420 / 0.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM250,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Di kala mereka diuji dengan bala yang dasyat, kita diuji dalam memberi bantuan kepada mereka. Jom, sertai kami! Semoga Allah gantikan dengan lebih baik sumbangan kita kepada mereka.


Pada 8 September yang lalu, gempa bumi berskala 6.8 dan 7 skala Richter telah menimpa di kawasan pergunungan di barat daya bandar Marrakesh, bandar keempat terbesar di Morocco (atau dikenali sebagai Maghribi). Gempa yang kuat itu turut menggegarkan bandar yang berhampiran seperti Casablanca, Essaouira dan Rabat, ibu negara Morocco.


Gempa bumi tersebut melanda pada jam 11 malam, mengejutkan 300,000 penduduk yang sedang tidur dan berehat pada malam hari. Gemparan yang tiba-tiba itu menyebabkan mereka bertempiaran lari dalam keadaan tidak bersedia. Namun, ramai lagi penduduk yang tidak sempat untuk menyelamatkan diri menyebabkan mereka tertimbus di bawah runtuhan bangunan. Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa masih berterusan sehingga sekarang.



Jumlah mangsa terkorban: 2,901 orang. Jumlah mangsa cedera: 5,530 orang dan beratus ribu mangsa kehilangan kediaman mereka dan terpaksa tidur di tepian jalan.



Banyak infrastruktur dan bangunan di Marrakesh runtuh dan mengalami kerosakan yang ketara. Ini adalah kerana Marrakesh adalah kota lama dan dipenuhi dengan bangunan-bangunan bersejarah. Struktur bangunan yang lama ini tidak kukuh, menyebabkan ia senang runtuh dan merbahaya buat penduduk di kota lama tersebut. Gempa bumi sekuat ini luar biasa buat kawasan tersebut menyebabkan pihak berkuasa Morocco kurang bersedia untuk menghadapinya. 



RAKYAT MOROCCO MEMERLUKAN BANTUAN ANDA UNTUK PULIH KEMBALI DAN BANGUN SEMULA


Meraka memerlukan bantuan berbentuk makananan, air minuman, selimut dan kediaman sementara seperti khemah. Iltizam Relief Society sedia untuk ke Morocco pada bila-bila masa untuk menghantarkan bantuan kepada mangsa gempa bumi.



“Perumpamaan kaum Mukmin dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Jika salah satu anggota badan sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit dengan berjaga malam dan demam.”


Kita sebagai satu ummah dalam Islam sepatutnya turut merasa sakit dan resah hati apabila melihat saudara kita di Morocco dalam keadaan kesusahan dan kesakitan. Di mana mereka hendak mengharapkan bantuan dan sokongan melainkan daripada saudara-saudara mereka yang berkongsi iman pada Tuhan yang satu.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 23, 2023

Kempen Sumbangan Tamat