ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Feb 14, 2023

RAYUAN DERMA MAKANAN PANAS UNTUK MANGSA GEMPA BUMI SYRIA

RM5,990 / 39.93 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

293 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Makanan panas untuk mangsa gempa bumi Syria. Setiap RM20 dapat memberi makan 4 org. Bantu kami menyampaikan makan panas kepada mereka.


Angka kematian lebih 36000, gempa bumi yang setakat ini, berpuluhan ribu mangsa amat memerlukan bantuan. Kami merayu bantuan dana kecemasan untuk membekalkan makanan panas kepada mangsa-mangsa di Syria.


Gempa bumi gergasi berkekuatan 7.8 scala richter berlaku awal minggu lepas. Lebih 10 bandaraya utama di Selatan Turki mengalami kerosakan teruk dan sehingga jam 4 petang isnin, lebih 600 orang terbunuh dan 2,000 cedera. Puluhan bangunan apartmen runtuh menyebabkan banyak kemalangan jiwa dan kecederaan.




Semua kawasan terbabit di Turki dan Syria diisytiharkan kawasan darurat. Semua hospital dan pusat kesihatan dibanjiri oleh mangsa yang cedera. Ubat-ubatan, kakitangan perubatan dan makanan tidak mencukupi. Kami tidak dapat membayangkan keadaan di Utara Syria terutama kawasan yang di bawah pentadbiran kumpulan penentang.



Jumlah kematian dan kecederaan terus bertambah dari minit ke minit apabila pasukan penyelamat terus berusaha melaksanakan operasi mencari dan menyelamat. Gempa gergasi ini dirasai sehingga ke Negara Cyprus, Lebanon dan Palestin tetapi kami belum menerima sebarang laporan berkaitan kerosakan yang berlaku. Mangsa mangsa perlukan bantuan, dengan musim sejuk dan kehilangan tempat tinggal, kami merayu kepada para penderma untuk turut membantu untuk membekalan makanan panas kepada mangsa mangsa di sekitar:


1. Jindiris

2. Marea

3. Azaz

4. Harem



Buat masa ini, kami sasarkan 1000 mangsa setiap hari untuk sebulan atau lebih lama lagi, memandangkan bulan Ramadan semakin hampir. Pengagihan makanan sudah bermula sejak 10 Februari. Bantu kami bantu mereka. Jom, jangan biarkan mereka kelaparan dan kesejukkan.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 31, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 12, 2024

Kempen Sumbangan Tamat