BANTU SEGERA SAUDARA ISLAM DI TURKIYE DAN SYRIA

RM555 / 0.19 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami dalam proses mendaftar dengan Wisma Putra untuk menghantar wakil membantu saudara yang ditimpa bencana di Turki dan Syria. Jom bersama kami!


Selatan Turkiye digemparkan dengan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud sekitar jam 4.17 pagi (waktu tempatan) pada 6 Februari 2023 dan turut dirasai oleh penduduk di Syria, Lubnan, Cyprus, Palestin dan juga Iraq.



Gempa tersebut telah mengorbankan ribuan rakyat Turkiye dan Syria dan angka tersebut dijangka akan terus meningkat susulan usaha menyelamat masih giat dijalankan. Dilaporkan banyak bangunan dan kediaman musnah dalam bencana alam kali ini. Ribuan rakyat mereka cedera akibat gegaran dan runtuhan bangunan dan telah menyebabkan banyak kerosakan.



Setakat 14 Februari 2023, dikhabarkan angka korban di Turkiye & Syria yang dikenal pasti telah pun melepasi jumlah 37,000 mangsa. Masih ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang belum diselamatkan akibat kekurangan peralatan menyelamat.



Sehubungan itu, Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) menggerakkan rasa prihatin dan membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa gempa di Turkiye dan Syria dalam usaha menyelamatkan mereka. Antara bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada mangsa adalah:


1. Makanan sedia dimakan (Ready to Eat) 

2. Makanan Panas (Hotmeals) 

3. Khemah 

4. Bahan pemanas 

5. Alatan menyelamat 


Ayuh, salurkan sumbangan anda kepada mangsa gempa di sana.



PEMAAF terpanggil untuk membantu mangsa dengan mengumpul dana untuk bersama dengan rakan-rakan di sana. PEMAAF dalam proses mendaftar dengan Wisma Putra untuk menghantar wakil membantu saudara yang ditimpa bencana di sana.




PEMAAF turut serta bersama membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria ini khasnya di kalangan umat Islam. Mari sedekahkah al-fatihah kepada umat islam di sana yang terkorban dan jika ada sedikit wang, infaqlah kepada mereka. Infaq anda akan digunakan untuk pelbagai misi kemanusiaan, bantuan makanan dan ubatan, baikpulih infrastruktur masjid/sekolah dan lain-lain lagi di bawah seliaan NGO kami dan rakan-rakan NGO di sana.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 11, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2024

FATIMAH @ AZIZAH BINTI ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2024

Kempen Sumbangan Tamat