TABUNG BAIK PULIH GERAI PENJAJA KECIL DI SEKITAR PEDALAMAN SARAWAK

RM50 / 1.61 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,100

1 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Peluang untuk sahabat-sahabat sekalian dalam membantu meningkatkan ekonomi masyarakat kita. Semoga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat.


Bagi masyarakat di luar bandar mahupun di bandar sekalipun, perniagaan kecil-kecilan merupakan satu perkara yang sangat penting bagi mereka dalam menjana pendapatan untuk kehidupan mereka. Salah satu perkara yang kami lihat sukar untuk pihak yang mempunyai kedudukan dan kuasa  lakukan ialah menaiktaraf hidup penjaja kecil ini untuk mendapatkan kemudahan perniagaan yang lebih selesa dan kondusif.



Mana tidaknya apabila ada di antara mereka yang berniaga di tempat yang telah usang dan jika menggunakan khemah, ianya tidak praktikal berikutan kos yang tinggi untuk menukar khemah yang rosak kelak di samping kesukaran untuk mendapatkan khemah di kawasan luar bandar. Oleh yang demikian, pihak NGO kami mempunyai inisiatif sendiri sebelum ini iaitu membantu mana-mana gerai yang sangat daif untuk dibaiki setakat yang mampu dengan aggaran kos sekitar RM1,000 untuk satu gerai.



Bantuan diserahkan sendiri kepada penerima dan penerima dengan rela hati untuk membaiki dengan sendirinya

Setakat ini ianya telah memanfaatkan sekitar 6 buah gerai dan kami melihat usaha ini boleh dimanfaatkan bersama sama dengan penyumbang untuk kita merealisasikan hasrat membantu lebih ramai peniaga ini kelak. Sasaran untuk fasa 1 ini kami menyasarkan 3 buah gerai akan kita bantu dengan anggaran kos yang sama iaitu RM1,000 juga.


Penerima daripada kawasan rumah panjang untuk membaiki dinding gerai beliau

Kami yakin dan percaya bahawa kempen ini akan berjaya kelak dan kita akan meneruskan siri kempen ini untuk beberapa fasa akan datang. InsyaAllah dengan adanya bantuan ini, kita akan mampu untuk membantu para peniaga ini untuk menjana pendapatan yang lebih lagi bagi dimanfaatkan oleh keluarga mereka.

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 11, 2023

Kempen Sumbangan Tamat