Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM310 / 0.62 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
15 Penyumbang
44 Baki Hari
Di pulau-pulau terpencil Sabah, penduduk hanya bergantung kepada air hujan dan air tanah cetek serta air botol untuk keperluan harian mereka.


Apabila musim kemarau tiba, sumber air ini kering, meninggalkan keluarga tanpa air bersih untuk diminum dan digunakan.

Mereka juga terpaksa minum air yang kotor apabila sudah tiada pilihan.


Air bersih sepatutnya bukan satu kemewahan, tetapi hak asasi setiap insan.

Oleh itu, melalui Projek Telaga Air Bersih Bertenaga Solar, kami ingin menyediakan penyelesaian jangka panjang dan lestari untuk komuniti pulau ini. Dengan tenaga solar, telaga ini mampu mengepam air bersih dari bawah tanah, tanpa bergantung kepada bahan api atau elektrik.
Kos membina sebuah telaga solar ini adalah RM39,000. Kos yang termasuk ujian kualiti air, pemasangan sistem pam solar, tangki air, kerja pemasangan paip, kerja pembinaan, logistik (sewa kapal, upah menghantar dan pemunggahan dari kapal, kos pengangkutan, sewa jengkaut) dan upah kontraktor.
Telaga air solar yang akan dibina akan memberi manfaat air bersih untuk 10 ke 50 buah rumah.

Sumbangan anda, walau kecil, mampu membawa perubahan besar, air bersih untuk diminum, anak-anak dapat ke sekolah, dan ibu tidak lagi perlu berjalan jauh mencari air.

Global Ehsan Relief Malaysia setakat ini telah membina sejumlah 7,389 projek air di banyak negara. Ayuh infak sekarang dan jadilah sebahagian dari sedekah jariah untuk diri sendiri atau hadiahkan untuk insan yang tersayang.
Daripada Sa’id bin Al-Musayyib, dari Sa’ad bin ‘Ubadah, dia berkata,
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ أَفَأَتَصَدَّقُ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ قُلْتُ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ سَقْيُ الْمَاءِ
“Wahai Rasulullah, sungguh ibuku telah meninggal dunia, apakah boleh aku bersedekah atas namanya?” Jawab Nabi SAW, “Iya, boleh.” Sa’ad bertanya lagi, “Lalu sedekah apa yang paling afdal?” Jawab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Memberi minum air.” (HR An-Nasai, no. 3694 dan 3695)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SITI SARAH ABU BAKAR
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Nov 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2025