RAYUAN HIDUPKAN SEMULA PROJEK SURAU

Dimulakan pada:
17 Nov, 2025
RAYUAN HIDUPKAN SEMULA PROJEK SURAU
1.90%
RM950
/RM50,000
50
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Rayuan menghidupkan semula projek surau yang terbengkalai kerana tidak cukup dana menampung kos pembinaannya. Jom bantu kami!

Pembinaan Surau Madrasah Darus Solihin di Kampung Kuharaindah, Tawau tergendala dan terbengkalai disebabkan kekurangan dana. Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa membina masjid kerana Allah, walau sekecil mana pun, Allah akan membina untuknya rumah di syurga.” (Riwayat Ibn Majah)

Madrasah Darus Solihin adalah sebuah pusat tahfiz dan pusat pengajian kitab turath di kampung ini. Terdapat 30 orang pelajar tahfiz dan 5 pelajar sudah pun menjadi hafiz Al-Quran. Mereka kini mengaji di rumah sementara yang dipinjamkan secara percuma sehingga ada penempatan baru.

Oleh itu, pihak Madrasah Darus Solihin telah mendapatkan seorang pewakaf tanah yang bersetuju dibangunkan sebuah surau dan pusat tahfiz di atas tanah tersebut.

Pembinaan surau ini bermula tahun 2022, namun pembinaan dihentikan setelah hampir 40% siap kerana tiada dana untuk meneruskannya.

Surau ini bukan sahaja untuk pelajar ini beribadah dan menjadi hafiz Al-Quran, juga akan menjadi tempat penduduk sekeliling solat berjemaah kerana tiada surau lain di kampung ini.

Salah satu projek utama Global Ehsan Relief ialah membina masjid dan surau. Setakat ini, 141 masjid telah dibina oleh pihak kami di berbagai negara dengan sokongan orang ramai. Pihak Madrasah Darus Solihin telah menghubungi pihak kami untuk membantu menyiapkan pembinaan surau ini.

Maka, marilah kita sama-sama merebut peluang pahala jariah yang berpanjangan dengan menyumbang bagi menghidupkan semula pembinaan surau ini. Kami hanya memerlukan sekitar RM70,000 sahaja lagi untuk menyiapkannya termasuk kos pengurusan projek surau ini. Setiap sumbangan, besar atau kecil, akan menjadi amal jariah yang berterusan.

Nabi SAW bersabda: “Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh.” (Hadis Riwayat Muslim)

Ayuh, kita bina dan pulihkan rumah Allah bersama-sama. Setiap derma anda menjadi saham akhirat yang tidak akan rugi.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 27, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 26, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Dec 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 14, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BERKONGSI REZEKI BINA PERIGI DAN TANDAS USANG UNTUK WARGA
SUMBANGAN UNTUK RUMAH GURU MENGAJI YANG TERBAKAR
BANTU KUMPUL KAIN KAFAN DAN PERALATAN PENGKEBUMIAN
BANJIR BESAR ROSAKKAN MUSHAF AL-QURAN PELAJAR MENJELANG RAMADAN
JEJAK KEBAIKAN UNTUK PEJUANG JALANAN DI BULAN RAMADHAN
Kempen Sumbangan Tamat