BANTU PESAKIT BUAH PINGGANG KOS MINGGUAN

RM625 / 20.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

43 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh sempena Ramadhan yang mulia ini, kita bantu pesakit buah pinggang dengan memberi sumbangan. Sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang mereka tanggung dan menceriakan mereka.


Kegagalan buah pinggang berfungsi menyebabkan keadaan kesihatan seseorang itu menjadi lemah. Buah pinggang berfungsi untuk mencuci kotoran di dalam badan kita. Kegagalan buah pinggang berfungsi menyebabkan kegagalan tubuh badan dan seterusnya boleh menyebabkan bahaya kepada kesihatan.



Ramai dalam kalangan kita menghadapi situasi seperti ini. Untuk mencuci buah pinggang memerlukan mesin dialisis. Dan pastinya kos yang terpaksa ditanggung agak tinggi. Kos membuat tapak dialisis dan juga kos mencuci 3 kali seminggu. 



Sehubungan itu, pihak Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu pesakit-pesakit asnaf yang untuk menampung kos perubatan membuat tapak dialisis dan juga mencuci buah pinggang. Beliau mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Keluarga kehilangan punca pendapatan akibat ketua keluarga tidak upaya untuk melakukan kerja. Komuniti Ihsan mempunyai sasaran untuk membantu pesakit-pesakit ini setiap bulan. Dapatlah kita meringankan beban mereka dan beban keluarga mereka.



مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَابِ الدُّنْياَ نَفْسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَابِ يَوْمِ اْلقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَالْاَخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فِى الدُّنْيَا وَالْاَخِرَةِ وَاللهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ اْلعَبْدُ فِى عَوْنِ اَخِيهِ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ


Artinya: "Barang siapa melapangkan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dari salah satu kesusahan di hari kiamat. Barang siapa meringankan penderitaan seseorang, Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu mau menolong saudaranya." (HR. Muslim).


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat