KELAB JELAJAH KUALA LUMPUR

Dimulakan pada Jul 08, 2022

KEMPEN KEPERLUAN ASAS BUAT GOLONGAN TERKESAN

RM2,370 / 79.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

138 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH KITA BANTU GOLONGAN YANG TERKESAN DIKALA HARGA BARANGAN KIAN MENINGKAT NAIK.


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada penyumbang dan dermawan sekalian. Banyak golongan yang terkesan dan memerlukan bantuan berupa barangan asas. Oleh itu, pihak Kelab Jelajah Kuala Lumpur (KJKL) terpanggil untuk membantu golongan terkesan tersebut.



Melalui Kempen Keperluan Asas buat Golongan Sasar ini, bantuan berupa makanan dan keperluan asas akan diagihkan kepada penerima dari kalangan anak yatim, asnaf, B40, warga emas, asnaf mualaf dan anak-anak tahfiz yang memerlukan bantuan di sekitar Lembah Klang dan kawasan sekitar yang berdekatan.



Sesungguhnya, masih ramai di luar sana yang sedang diuji dengan pelbagai ujian kehidupan khususnya di musim pandemik Covid-19 samada sakit, kehilangan sumber pendapatan mahupun kehilangan orang tersayang yang selama ini menanggung urusan nafkah / kehidupan keluarga.



Pihak Kelab Jelajah Kuala Lumpur (KJKL) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan dan semoga sumbangan Tuan/Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 30, 2022

M DURAH RESOURCES

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 30, 2022

FARAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 30, 2022

YUZHANA MARZUIN BT ALIAS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 30, 2022

Kempen Sumbangan Tamat