Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,249 / 2.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
51 Penyumbang
75 Baki Hari
Masjid bukan sekadar tempat ibadah, tetapi juga menjadi nadi utama bagi komuniti Muslim di seluruh dunia. Ia adalah pusat bagi umat Islam untuk menunaikan solat, menuntut ilmu, serta mengeratkan ukhuwah sesama saudara seagama. Malangnya, masih ramai saudara kita di kawasan terpencil dan daif yang tidak mempunyai akses kepada masjid yang selesa. Anda berpeluang untuk mengubah keadaan ini dengan menyumbang kepada pembinaan masjid yang amat diperlukan.
“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di dalam Syurga.” (Sahih Bukhari)
Dengan menyumbang kepada pembinaan masjid, anda bukan sahaja membantu membina rumah Allah di dunia, malah turut membina rumah untuk diri sendiri di Syurga. Inilah peluang untuk melabur dalam akhirat dengan ganjaran yang berpanjangan.

Alhamdulillah, setakat ini GRT telah berjaya mendirikan lebih 200 buah masjid di pelbagai kawasan yang memerlukan. Dengan izin Allah dan sokongan berterusan daripada para penderma, lebih banyak komuniti Muslim akan mendapat akses kepada rumah ibadah yang selesa. Di Global Relief Team Malaysia, kami berusaha untuk membantu komuniti Muslim yang kurang bernasib baik di serata dunia. Fokus utama kami adalah di kawasan pedalaman dan daif seperti di Pakistan, Bangladesh, Syria, dan Uganda, di mana ramai penduduk menghadapi kesukaran untuk mendapatkan akses ke tempat ibadah yang sesuai.
Di kawasan-kawasan ini, kebanyakan masjid yang sedia ada tidak mencukupi untuk menampung keperluan jemaah atau langsung tidak wujud. Bayangkan betapa sukarnya mereka untuk menunaikan solat berjemaah atau menghadiri kelas pengajian agama. Dengan sumbangan anda, kita dapat membina masjid yang bukan sahaja menjadi tempat solat, tetapi juga pusat pendidikan dan kebajikan bagi masyarakat setempat.

Setiap sumbangan, besar atau kecil, membawa perubahan yang bermakna. Dengan derma serendah RM10, anda sudah membantu membina rumah Allah yang akan memberi manfaat kepada ribuan orang. Sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar lebih ramai dapat bersama meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Jangan lepaskan peluang untuk berinfaq di jalan Allah dan membina masjid bagi saudara-saudara kita yang memerlukan. Setiap batu bata yang diletakkan akan menjadi saksi kepada amal jariah anda di akhirat kelak. Sokonglah GRT Malaysia bagi meneruskan misi suci ini. Semoga Allah menerima amal kita dan memberi keberkatan kepada setiap sumbangan yang diberikan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SEMUT HITAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 13, 2025
SAID AHMAD
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 25, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 12, 2025