Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM10 / 0.02 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
1 Penyumbang
221 Baki Hari
Katarak adalah salah satu punca utama kebutaan dan masalah penglihatan di seluruh dunia. Katarak mata adalah keadaan di mana kanta mata menjadi keruh, menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Wabak senyap ini menghantui masa depan jutaan orang tidak kira muda atau tua, ia meragut keindahan dunia daripada pandangan mereka.
Kami percaya bahawa setiap orang berhak menerima nikmat penglihatan dan tidak seharusnya menderita akibat katarak. Itulah sebabnya kami telah memulakan projek khas untuk menyediakan pembedahan katarak kepada mereka yang memerlukan, menghadiahkan semula penglihatan mereka dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Di GRT Malaysia, kami komited untuk membantu seramai mungkin orang dan memberi kesan yang nyata dalam kehidupan mereka. Kami bekerjasama rapat dengan komuniti tempatan dan penyedia penjagaan kesihatan untuk mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan dan menyediakan rawatan serta sokongan yang sewajarnya.
Pasukan sukarelawan dan staf kami berdedikasi untuk memberikan standard penjagaan yang terbaik dan penuh kasih sayang, memastikan setiap pesakit mendapat perhatian individu yang mereka perlukan. Sumbanglah hari ini dan bantu memulihkan penglihatan serta membuka jalan menuju masa depan yang lebih stabil dan cerah.
JUTAAN ORANG MENGHADAPI RISIKO BUTA
Katarak adalah punca utama kebutaan di dunia, meragut penglihatan jutaan orang di negara-negara membangun di mana akses kepada pembedahan amat terhad. Bayangkan seorang nenek yang tidak dapat melihat cucunya atau seorang ayah yang terpaksa berhenti bekerja kerana kegelapan telah menutupi penglihatannya. Beban ini paling berat dirasakan oleh mereka yang berumur lebih 60 tahun, terutamanya wanita yang terperangkap dalam kitaran kebergantungan dan putus asa.

Di beberapa kawasan paling miskin di dunia, kebutaan akibat katarak bukan sekadar kehilangan penglihatan, ia menambah kemiskinan dan meminggirkan seseorang individu. Bayangkan seorang anak yang kebuluran kerana ibubapanya tidak lagi mampu bekerja, atau sebuah keluarga yang semakin susah kerana mereka menjaga orang yang tidak lagi dapat mencari nafkah. Namun begitu, dengan pembangunan yang semakin moden, kajian telah menunjukkan bahawa dengan pembedahan, penderitaan ini dapat dipulihkan. Penglihatan sembuh, mata pencarian diperoleh semula, dan kebebasan dipulihkan.
Namun, bagi berjuta-juta orang, pembedahan kekal sebagai mimpi yang tidak tercapai. Halangan kewangan, infrastruktur kesihatan yang terhad, dan ketiadaan pakar menyebabkan ramai orang terus menunggu, terperangkap dalam kegelapan. Kaedah dan teknologi untuk memulihkan penglihatan memang wujud, tetapi bagi mereka yang paling memerlukannya, harapan terasa terlalu jauh. Penantian mereka untuk cahaya dan kehidupan terus berpanjangan.

Di GRT Malaysia, kami percaya tiada siapa yang patut menderita dalam kegelapan akibat katarak. Melalui projek khas pembedahan katarak, kami berusaha untuk memulihkan penglihatan dan mengubah kehidupan. Dengan hanya £60 (lebih kurang RM360), pembedahan ringkas tetapi sangat penting ini akan menggantikan kanta mata yang kabur dengan kanta tiruan yang jelas, mengembalikan keupayaan pesakit untuk melihat orang tersayang dan dunia di sekeliling mereka.

Ia dilakukan oleh pakar bedah berpengalaman dengan teknik canggih, pembedahan ini adalah hadiah penglihatan sebenar. Setiap pembedahan ini bukan hanya sekadar rawatan ia adalah pembuka rezeki buat mereka. Projek pembedahan katarak kami bekerjasama rapat dengan komuniti tempatan dan penyedia kesihatan untuk mencari mereka yang paling memerlukan. Daripada datuk nenek yang rindu melihat cucu, hinggalah kepada ibubapa yang terdesak untuk bekerja dan menyara keluarga, setiap pembedahan memulihkan maruah, kebebasan, dan harapan bagi mereka yang terperangkap dalam kegelapan.

Ini bukan sekadar tentang merawat kebutaan, ini tentang mengubah kehidupan. Di GRT Malaysia, pasukan sukarelawan dan staf kami berdedikasi memberikan rawatan yang penuh kasih sayang di setiap langkah perjalanan pesakit. Daripada mengenal pasti pesakit hinggalah ke saat mereka kembali melihat, kami memastikan setiap orang rasa dihargai dan disokong. Bersama-sama melalui projek pembedahan katarak ini, kami menerangi kehidupan, satu pembedahan pada satu masa.
Inilah peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang luar biasa. Dengan menyokong projek pembedahan katarak ini, anda secara langsung dapat mengubah kehidupan, mengeluarkan keluarga daripada kemiskinan, dan mengumpulkan ganjaran yang tidak terhingga untuk diri sendiri, di dunia dan di akhirat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 13, 2025