Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM265 / 0.53 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
14 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di tengah suasana perang dan krisis kemanusiaan, wakil 𝐆𝐑𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 menyaksikan sendiri satu pemandangan yang meruntun hati iaitu barisan wanita yang menunggu bantuan pek kebersihan diri jauh lebih panjang daripada barisan bantuan makanan.
Kami mula sedar, kemiskinan haid adalah satu isu besar yang jarang dibincangkan secara terbuka. Ramai wanita dan remaja perempuan terpaksa menghadapi kitaran haid tanpa keperluan asas seperti tuala wanita, sabun atau pakaian dalam bersih. Ada yang terpaksa memilih antara membeli makanan untuk anak-anak atau mendapatkan keperluan haid sendiri.
Pek kebersihan ini bukan sekadar bantuan tetapi ia soal maruah, kesihatan dan hak asasi manusia. Kemiskinan haid merujuk kepada situasi apabila seseorang tidak mempunyai akses tetap dan mencukupi kepada keperluan asas seperti produk haid seperti tuala wanita atau tampon, air bersih dan tandas yang selamat, pendidikan tentang pengurusan haid, serta sokongan moral yang bebas daripada stigma.

Isu ini memberi kesan besar kepada pelajar perempuan yang terpaksa ponteng sekolah setiap kali datang haid, ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah yang terpaksa memilih antara membeli makanan atau tuala wanita, serta menjejaskan kesihatan fizikal dan mental apabila mereka terpaksa menggunakan bahan tidak selamat seperti kain buruk, surat khabar atau pasir. Ia juga menjejaskan maruah diri apabila haid dihadapi dalam keadaan yang tidak bersih dan tidak selamat. Ini bukan sekadar isu wanita, tetapi satu isu kemanusiaan. Sehubungan dengan itu, GRT Malaysia melancarkan kempen CODE RED sebagai usaha membantu mereka yang terkesan.

CODE RED ialah kempen kecemasan oleh GRT Malaysia yang diterajui wanita, untuk membanteras kemiskinan haid. Kempen ini bukan hanya memberi bantuan, tetapi juga pendidikan dan perubahan budaya.

Objektif utama CODE RED adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang isu kemiskinan haid yang masih berlaku di Gaza, Syria dan juga di Malaysia. Program ini bertujuan menyediakan keperluan asas seperti tuala wanita, sabun dan pakaian dalam bersih kepada wanita yang memerlukan. CODE RED juga berusaha meruntuhkan stigma berkaitan haid dengan menggalakkan perbualan terbuka yang berasaskan pendidikan.
Selain itu, ia menggalakkan penglibatan komuniti seperti sekolah, NGO dan syarikat dalam menjayakan misi ini. Kerjasama strategik turut dijalinkan bersama NGO dan institusi kesihatan untuk mencari penyelesaian jangka panjang. Dalam masa yang sama, advokasi digital melalui media sosial dimanfaatkan bagi menyebarkan kisah dan maklumat penting kepada masyarakat.

CODE RED bukan hanya satu kempen. Namun, ia adalah gerakan perubahan. Dengan gabungan pendidikan, penghasilan tempatan dan kerjasama strategik, kami menyasarkan impak berpanjangan yang membasmi kemiskinan haid serta mengangkat maruah wanita di seluruh dunia.
Jom sertai CODE RED. Mari wujudkan dunia yang adil, di mana setiap wanita memiliki akses kepada hak asas mereka termasuk pengurusan haid yang selamat dan bermaruah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 03, 2025
NORMAH TAN BINTI ABDULLAH
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 01, 2025