Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM485 / 0.97 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
20 Penyumbang
254 Baki Hari
Di Malaysia, kita bersyukur anak-anak masih dapat ke sekolah, belajar dengan selesa, dan bercita-cita tinggi. Tapi di luar sana, nasib mereka sangat berbeza. Bayangkan, ada 244 juta kanak-kanak dan belia di seluruh dunia yang masih tidak bersekolah. Di sesetengah negara seperti Sudan, lebih 90% kanak-kanak tidak dapat ke sekolah. Di tempat-tempat bergolak seperti Gaza, dan Syria, sekolah telah menjadi runtuhan.

Kelas kosong. Buku tiada. Impian terkubur.
Separuh daripada kanak-kanak ini tinggal di negara konflik. Mereka terpaksa berhenti belajar kerana peperangan, bencana dan kemiskinan. Tanpa pendidikan, mereka terus terperangkap dalam kitaran kemiskinan. Lebih 763 juta orang dewasa masih buta huruf hari ini. 𝐆𝐑𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀, bersama rakan di lapangan seperti Syria, Sudan dan Gaza, sedang membina semula harapan.
1. Bina dan baiki Kelas & pusat pembelajaran
2. Sediakan buku, alat tulis dan pek pendidikan
3. Sedikan latihan guruKami percaya setiap anak berhak mendapat peluang yang sama, walau di mana pun mereka dilahirkan.

Dengan hanya RM30, anda dapat menyumbang satu pek pendidikan lengkap yang merangkumi buku, alat tulis dan keperluan sekolah. Manakala, dengan RM120 sebulan, anda berpeluang menaja pendidikan seorang anak dan membuka jalan keluar daripada kemiskinan untuk masa depan yang lebih cerah.

Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
"Sesiapa yang menempuh jalan mencari ilmu, Allah mudahkan jalan ke syurga."
(Sahih Muslim)

Bantuan anda bukan sekadar meringankan beban mereka hari ini tetapi membuka jalan untuk ilmu yang akan mengubah nasib mereka, keluarga mereka dan komuniti mereka. Itulah pahala yang terus mengalir, insya-Allah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 04, 2025
AZMI BIN SAAID
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 04, 2025