Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,690 / 3.38 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
137 Penyumbang
78 Baki Hari
Air bersih merupakan keperluan asas bagi kehidupan manusia, namun berjuta-juta individu di seluruh dunia masih menghadapi cabaran besar untuk mendapatkan air yang selamat untuk diminum dan digunakan. Kawasan seperti Bangladesh, Kashmir, Lubnan, Malawi, Palestin, Pakistan, Rohingya, Syria, Uganda, dan Yaman terus terhimpit dengan masalah air bersih akibat konflik, kemiskinan, perubahan iklim, dan infrastruktur yang tidak mencukupi.
أَىُّ الصَّدَقَةِ أَعْجَبُ إِلَيْكَ قَالَ «الْمَاءُ»
“Sedekah apakah yang paling engkau sukai?” Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Sedekah air.”
(HR. Abu Daud, no. 1679; An-Nasa’i, no. 3694; 3695; Ibnu Majah, no. 3684).
Kebanyakan pelarian Rohingya di Bangladesh tinggal di kawasan yang sesak dengan infrastruktur air yang terhad. Mereka bergantung kepada sumber air yang tercemar, yang menyebabkan penyebaran penyakit bawaan air seperti kolera, demam kepialu, dan hepatitis A. Statistik menunjukkan bahawa 1 daripada 10 kanak-kanak di kem pelarian Rohingya di Bangladesh mengalami penyakit bawaan air.

Konflik yang berlarutan telah menghancurkan infrastruktur bekalan air, menyebabkan penduduk di kawasan ini terpaksa bergantung kepada air yang tercemar atau jumlah air yang sangat terhad untuk keperluan harian. Di Yaman, lebih 80% daripada penduduk memerlukan bantuan kemanusiaan, termasuk bantuan air bersih. Kekurangan air bersih menyebabkan peningkatan kes diarrhea, cholera, dan malnutrisi.

Di Afrika, banyak komuniti di kawasan pedalaman perlu berjalan jauh untuk mendapatkan air dari sumber semula jadi yang tidak terjamin kebersihannya. Di Malawi, lebih daripada 3 juta orang terjejas oleh krisis air, menyebabkan penyebaran penyakit seperti malaria, cholera, dan dysentery.

Konflik yang berterusan di kawasan ini telah merosakkan bekalan air, menyebabkan penduduk berdepan kesukaran untuk mendapatkan air bersih bagi keperluan asas mereka. Di Syria, lebih 10 juta orang terpaksa bergantung pada sumber air yang tercemar, yang meningkatkan risiko penyebaran penyakit seperti hepatitis A, cholera, dan dysentery.




Alhamdulillah, sejak kami mula beroperasi pada tahun 2016 hingga 2024, kami telah berjaya menyediakan lebih 5000-unit pam air, 200-unit telaga air, dan 5-unit penyahgaraman air di kawasan-kawasan daif ini. Global Relief Trust (GRT) telah mengambil langkah proaktif untuk membantu komuniti yang terjejas dengan menyumbang dan membina projek-projek kami.

Telaga dalam membantu menyediakan air bersih kepada komuniti yang tinggal di kawasan kering dan sukar mendapat bekalan air. Dengan memanfaatkan sumber air bawah tanah yang lebih dalam, telaga ini biasanya menawarkan air yang lebih selamat untuk diminum. Kos perbelanjaan RM6,000 (Pakistan), RM 11,000 (Bangladesh), RM 21,000 (Yemen).


Pam air manual dan elektrik telah dipasang di pelbagai kawasan untuk memudahkan penduduk mendapatkan air tanpa perlu berjalan jauh. Pam-pam ini direka untuk memenuhi keperluan harian komuniti besar. Kos ialah RM900 (Pakistan), RM1,500 (Bangladesh), RM 2,400 (Uganda).

Di kawasan seperti Palestin dan Yaman, di mana air masin atau tercemar adalah satu-satunya sumber, GRT telah membina unit penyahgaraman untuk menapis dan menukar air masin menjadi air bersih yang selamat digunakan. Kos diperlukan RM30,000. Sumbangan untuk projek kecil yang menyediakan air bersih kepada komuniti seperti:
1. Telaga Elektrik: RM9,000 (Uganda).
2, Tangki Simpanan Air: RM15,000.
3. Telaga Pengairan: RM15,000.

Melalui inisiatif-inisiatif ini, ribuan keluarga telah mendapat manfaat dalam bentuk air bersih yang meningkatkan kualiti hidup mereka. Penyakit bawaan air seperti kolera, demam kepialu, hepatitis A, dan dysentery dapat dikurangkan, manakala kanak-kanak kini dapat memberi fokus kepada pendidikan tanpa perlu menghabiskan masa mencari air.

Masalah air bersih adalah isu global yang memerlukan perhatian dan tindakan daripada semua pihak. Dengan menyokong usaha GRT, anda turut menyumbang untuk membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka yang amat memerlukan. Sumbangan anda dapat menyediakan sumber air yang selamat dan memastikan masa depan yang lebih cerah untuk komuniti di kawasan daif ini.
Mari bersama-sama menjadi agen perubahan dan membantu mereka yang memerlukan akses kepada air bersih. Sumbanglah kepada GRT dengan ikhlas dan sebaik mungkin untuk membantu mereka.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2025