Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Apr 28, 2025
RM150 / 5.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam menyambut bulan yang mulia ini, NGO Komuniti Ihsan melancarkan Tabung bagi membantu guru-guru Pusat Asuhan Kanak-Kanak Islam (PASTI, TASKA, dan institusi pendidikan Islam lain) yang berkhidmat dengan penuh dedikasi tetapi sering menghadapi kekangan kewangan.

Guru-guru ini mendidik anak-anak dengan nilai Islam sejak kecil, tetapi ramai di antara mereka menerima elaun yang rendah. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, bantuan ini dapat membantu mereka.

Sumbangan ini membolehkan mereka menikmati harian dengan lebih tenang dan berfokus pada ibadah serta tanggungjawab mendidik.

Sumbangan tuan tuan dan puan puan akan digerakkan melalui sumbangan tunai untuk keperluan harian. Manakala bagi sumbangan makanan, barangan keperluan seperti beras, minyak, gula, tepung, kurma, dan keperluan lain akan diberikan. Selain dari itu sumbangan anda akan dapat membantu mereka menyediakan keperluan asas dengan gembira.

Modus sumbangan adalah sama ada pihak NGO akan terus masuk ke tabung khas untuk diagihkan kepada guru-guru yang memerlukan atau menyumbangkan barangan makanan atau keperluan asas. Marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru-guru Pusat Asuhan Kanak-Kanak Islam dengan berkongsi rezeki dengan penuh keberkatan ini. Setiap sumbangan anda, walaupun kecil, sangat bermakna bagi mereka.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 30, 2025