Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM170 / 2.43 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
14 Penyumbang
2 Baki Hari
Bayangkan di usia emas, hidup sendirian tanpa siapa-siapa di sisi, terpaksa menanggung lapar dan sakit seorang diri. Inilah kenyataan yang dihadapi oleh sebahagian besar warga emas kita – insan yang pernah membesarkan anak-anak, menyumbang tenaga untuk masyarakat, kini tersisih dan dilupakan.

Pasukan ASAR Humanity berusaha mendekati mereka yang sering terpinggir, warga emas yang hidup dalam kemiskinan, uzur dan tiada keluarga untuk menjaga. Walaupun dengan sedikit pemberian, kita mampu meringankan beban mereka dan menghadirkan secubit rasa tenang dalam hari-hari penuh ujian.

Dengan sumbangan tuan/puan, kita boleh menghadiahkan mereka:
1. Sepasang pakaian baru
2. Telekung untuk ibadah
3. Tilam dan karpet untuk tidur dengan lebih selesa
4. Makanan asas untuk mengisi perut

Inilah hadiah dan tanda kasih sayang kita buat mereka yang berada di penghujung usia. Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidaklah termasuk golongan kami, orang yang tidak menyayangi yang muda, dan tidak menghormati yang tua." (HR. Tirmidzi)
Mari gandakan keberkatan di hari Jumaat. Semoga dengan sedikit yang kita hulurkan, Allah limpahkan ganjaran berlipat ganda, dunia dan akhirat. Sertai kami, hadiahkan senyuman dan kebaikan untuk warga emas hari ini.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 29, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 26, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 25, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 23, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 21, 2025