HADIAHKAN WANGIAN KASTURI BUAT PECINTA NABI

RM10 / 0.06 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM16,000

1 Penyumbang

119 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sumbang serendah RM10 untuk kami hadiahkan wangian kasturi kepada pecinta nabi. Hidupkan sunnah wangian bersama-sama. Ayuh, bantu kami jayakan kempen ini!


Kempen Hadiahkan Minyak Kasturi Kepada Pecinta Nabi merupakan satu kempen menyebarkan sunnah wangian kepada golongan orang awam dan agamawan.



Telah berpendapat para ulama’ bahawa kasturi itu halal lagi bersih. Dibolehkan untuk memakannya dan mengambil manfaat daripadanya dalam apa keadaan sama ada dalam bentuk makanan dan juga perubatan sama ada darurat ataupun tidak. Ini kerana sesungguhnya darah yang pada asalnya telah bertukar (berlaku proses istihalah) kepada sesuatu yang baik dan menjadi bersih. Dalam sebuah hadith Nabi SAW:


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ذَكَرَ امْرَأَةً مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ حَشَتْ خَاتَمَهَا مِسْكًا وَالْمِسْكُ أَطْيَبُ الطِّيبِ


Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyebut mengenai wanita daripada Bani Israel yang mengisi cincinnya dengan kasturi dan kasturi adalah wangian yang sangat harum."

(Riwayat Muslim (2252))



Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:


أَطْيَبُ الطِّيبِ الْمِسْكُ


Maksudnya: "Wangian yang paling harum baunya adalah al-Misk (kasturi)."


Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah perintah Allah Ta’ala yang wajib ditaati oleh setiap Muslim. Tentunya, perintah mencintai Nabi SAW ini sudah menjadi hal yang dimaklumi dan dipatuhi oleh umat Nabi dari sejak zaman turunnya risalah hingga akhir zaman.



JOM MENYUMBANG UNTUK KAMI JAYAKAN KEMPEN INI!



Mencintai Nabi adalah perintah dalam agama yang harus dipatuhi oleh setiap Muslim. Melaksanakan perintah ini adalah ibadah yang sangat besar, dan Allah Ta'ala menjanjikan pahala yang melimpah bagi mereka yang melakukannya. Oleh itu, setiap Muslim perlu memahami bahawa rasa cinta kepada Nabi ini penting untuk dijaga, sebagai tanda umat yang benar-benar mengharapkan syafaat baginda di hari akhirat kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 30, 2024