INFAQ PEMBANGUNAN HAFIZAH DAN ALIMAH

RM1,565 / 6.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM23,000

78 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

“Srikandi Zaman sekarang perlu dialihkan minat dan kecendrungan ke arah Agama, pembagunan sebegini amat penting bagi merialisasikan perkara tersebut”

Setelah 3 tahun Penubuhan Maahad Tahfiz Darul Uloom Al Fatahiyyah (Pelajar Lelaki), permintaan untuk MTDUAF Lil Banat juga semakin bertambah. Keselesaan anak-anak tahfiz menjadi keutamaan di sini.


Assalamualaikum wbt Para Penyumbang, kami di MTDUAF ingin mnegajak para penyumbang yang budiman untuk membantu kami dalam menyiapkan pembangunan Hafizah dan Alimah ini.


Pentingnya mempelajari ilmu agama ini sehinggakan Allah pernah berkata dalam Al-quran yang menyatakan Allah SWT juga akan mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya:


“Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]



Memandangkan permintaan pelajar untuk masuk ke MTDUAF semakin meningkat, kami bercadang untuk mengubah suai bangunan yang sedia ada untuk dibesarkan demi keselesaan pelajar MTDUAF dan untuk pelajar baru yang bercadang untuk masuk ke MTDUAF.


Oleh itu, pihak MTDUAF membuat “Extension” bangunan sedia ada dengan menambah:


- Ruang Solat

- Ruang Mengaji

- Plaster Dinding Keseluruhan

- Pemasangan Mozek

- Pemasangan Bumbung Tambahan



Ruang tambahan yang berukuran 36 kaki x 20 kaki. bagi melengkapkan Bangunan Hafizah & Alimah ini agar boleh digunapakai. Dalam Masa terdekat. 

 

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]


Ruang ini untuk dijadikan ruang solat dan mengaji pelajar. Padangan bahagian sisi bangunan hafizah dari sudut surau sedia ada. 


Besar harapan kami dan pelajar-pelajar di sini sekiranya anda sudi menghulurkan sumbangan seikhlas hati untuk pembangunan kami. Semoga dengan sumbangan yang diberikan digantikan dengan ganjaran yang lebih besar disisi-Nya.



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 14, 2023

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 17, 2022

Kempen Sumbangan Tamat