BANTUAN SELAMATKAN HAIWAN BANJIR DI JOHOR

RM1,140 / 22.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

55 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

SAFM akan menggerakkan satu lagi misi bantuan fasa 2 kepada haiwan mangsa banjir dalam masa yang terdekat. Kami akan bertungkus lumus menyalurkan bantuan anda kepada mangsa banjir di Johor.


Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) telah menggerakkan misi bantuan bantuan banjir dan berjaya menghantar makanan kucing dan anjing ke Johor untuk mangsa banjir fasa 1.



Makanan sebanyak anggaran 500kg ini akan diagihkan kepada penduduk mangsa banjir yang kini berada di pusat penempatan sementara (PPS) di sekitar Negeri Johor yang sedang dilanda banjir yang teruk sejak bulan lepas. Namun, makanan haiwan yang diberi ini tidak dapat memenuhi keperluan untuk semua haiwan. Justeru, SAFM perlukan bantuan orang ramai yang ingin menyumbang kepada haiwan-haiwan banjir. 



SAFM masih membuka tabung dana untuk orang awam untuk turut memberi sumbangan terutamanya kepada mangsa banjir yang melibatkan haiwan-haiwan terbiar, peliharaan, dan shelter. SAFM akan menggerakkan satu lagi misi bantuan fasa 2 kepada haiwan mangsa banjir dalam masa yang terdekat sekiranya mendapat sokongan dari orang awam. Kami akan bertungkus-lumus menyalurkan bantuan anda kepada mangsa banjir di Johor.

 


SAFM juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada Cik Jing dan Encik Raymond yang memberi pertolongan dari segi pengangkutan untuk menghantar makanan ini. Kami berharap untuk bekerjasama dengan ramai lagi sukarelawan yang boleh membantu. Jom derma dan bantu Johor!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

NORMAH TAN BINTI ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 06, 2023

Kempen Sumbangan Tamat