Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM600 / 6.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
35 Penyumbang
156 Baki Hari
Pada usia 6 tahun, seharusnya Adik Argantara berlari riang, bermain bersama rakan-rakan, dan menikmati detik indah zaman kanak-kanaknya. Namun, takdir tidak seindah yang diharapkan. Sejak beberapa bulan lalu, perut kecilnya mula membengkak, dan selepas pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan bahawa Argantara menghidap tumor di bahagian perut.

Ibu dan ayahnya sangat terkejut. Mereka hanyalah keluarga sederhana sang ayah bekerja sebagai pemandu lori, sementara ibunya seorang suri rumah. Tidak pernah terlintas di fikiran mereka bahawa anak kesayangan mereka harus menghadapi penderitaan seberat ini di usia sekecil itu.
Dengan segala kemampuan yang ada, mereka berusaha membawa Argantara menjalani pembedahan demi pembedahan. Namun, pada pembedahan ketiga, keadaannya menjadi semakin sukar. Tubuh kecilnya yang dulu ceria kini semakin lemah, dan berat badannya menurun drastik hingga hanya 5 kilogram.

Simpanan mereka telah habis untuk membayar kos rawatan dan ubat-ubatan. Kini, mereka benar-benar tidak mampu meneruskan pembedahan seterusnya, sedangkan masa terus berjalan dan penyakit itu tidak menunggu.
Dana yang terkumpul akan digunakan untuk:
1. Menyokong keperluan harian keluarga Argantara.
2. Membantu menampung kos rawatan, ubat-ubatan dan vitamin.
3. Memberikan harapan hidup dan semangat baru bagi keluarga kecil ini.

Melalui kempen ini, kami ingin mengajak anda semua untuk bersama membantu Adik Argantara dan anak anak sakit lainnya. InsyaAllah, dengan sedekah dan doa kita, kita dapat membantu meringankan beban mereka dan memberi harapan baru buat si kecil yang sedang berjuang ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 06, 2025