BANTUAN BERAS DAN BARANGAN HARIAN SEPANJANG RAMADHAN

RM675 / 22.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

36 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Membantu mereka yang kurang bernasib baik untuk menyambut Ramadan dan Syawal dengan lebih bermakna. Jom kita bantu!


Dalam semangat Ramadan yang penuh rahmat, PKAMBP melancarkan Kempen Bantuan Beras & Barangan Makanan bagi membantu golongan asnaf, fakir miskin, warga emas, ibu tunggal, serta keluarga yang memerlukan. 



Program ini bertujuan untuk memastikan mereka yang kurang berkemampuan dapat menikmati bekalan makanan yang mencukupi sepanjang Ramadan dan menyambut Syawal dengan lebih gembira.



Matlamat kempen ini antara lainnya adalah untuk membantu keluarga membantu keperluan asas seperti menyediakan beras dan barangan makanan untuk keluarga yang memerlukan khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan mereka yang terkesan dengan kos sara hidup. Kempen ini juga dapat menggalakkan semangat tolong-menolong dan perpaduan dalam masyarakat.  



Barangan sumbangan adalah seperti beras iaitu bekalan makanan ruji untuk keluarga yang memerlukan. Manakala minyak masak, gula, tepung, garam, susu, dan makanan kering juga akan disumbangkan selain dari kurma, minuman, dan barangan asas lain.


Setiap sumbangan dapat memberi kegembiraan kepada keluarga yang memerlukan agar mereka dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih tenang.  



Kami menyatakan sekali lagi bahawa hasil sumbangan saudara saudara kami peruntukkan untuk pembelian beras dan barangan makanan dan juga barangan seperti beras, makanan kering, dan keperluan dapur. Para sukarelawan kami akan membantu dalam pengagihan bantuan kepada penerima.  


Marilah bersama-sama menyemarakkan semangat Ramadan dengan menyantuni mereka yang memerlukan.Setiap sumbangan anda membawa sinar harapan kepada mereka.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NUR RIDIAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM40.00

Mar 14, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 12, 2025

Kempen Sumbangan Tamat