ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Aug 06, 2025

INFAK ROTI UNTUK MANGSA KELAPARAN YAMAN

RM511 / 10.22 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

37 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Setiap keping roti yang anda hulurkan boleh menjadi penyambung hayat buat mereka yang kelaparan. Rakyat Yaman sedang bertarung dengan krisis makanan yang kritikal. Bantu mereka!


Yaman merupakan antara negara yang paling miskin di dunia Arab dan sedang berdepan dengan salah satu krisis kemanusiaan terburuk abad ini. Perang yang berlarutan sejak 2015 telah memusnahkan ekonomi, menjejaskan sistem kesihatan dan pendidikan, serta menyebabkan jutaan rakyat kehilangan tempat tinggal dan punca pendapatan. 



NGO Iltizam menumpukan sasaran bantuan di Kawasan Taiz (Wilayah Tengah Yaman) Kebanyakan penerima bantuan terdiri daripada:


1. Golongan miskin dan penganggur

2. Pelarian dalaman (IDP) di kem-kem sementara

3. Keluarga yang tidak mempunyai akses kepada makanan, air bersih, dan pendidikan



Bantuan diberikan oleh Iltizam melalui agihan Roti (Bread Distribution). Kami akan menyediakan pek roti harian kepada keluarga yang kelaparan iaitu 300 keluarga setiap hari menerima roti sebagai makanan asas.



Kami akan menyediakan pek roti harian kepada keluarga rentan yang mengalami kekurangan makanan melampau. Program ini menyasarkan isi rumah yang tiada pendapatan tetap atau akses kepada makanan, sekaligus menawarkan sumber tenaga asas dan kestabilan kepada komuniti yang terperangkap dalam zon konflik.



Krisis kemanusiaan di Yaman terus meruncing akibat konflik berpanjangan, kejatuhan ekonomi, dan kejutan iklim, dengan wanita dan kanak-kanak perempuan paling terkesan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda. Setiap sumbangan telah membawa makna besar kepada mereka.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 26, 2025

SYAHARUM BIN HJ AMIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 17, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 06, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 05, 2025

Kempen Sumbangan Tamat