INFAQ KENDERAAN HILUX PENGANGKUTAN BANTUAN AMAL KEBAJIKAN

RM228 / 0.15 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh! bersama sama kita berganding bahu dengan menyumbang supaya kami berjaya mengumpulkan dana utk membeli sebuah Toyota Hilux untuk mengangkat bantuan barangan bencana yang melanda negara kita.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apabila berlaku banjir besar di penghujung tahun 2021 dan awal tahun 2022, ternyata yang paling diperlukan adalah kenderaan jenis pacuan empat roda atau 4x4. Hal ini kerana, kendaraan jenis ini amat sesuai buat mereka. Baru-baru ini kami telah melaksanakan misi dan visi kami ke kampung pedalaman Sabah.


Perjalanan ke kampung ini sahaja terlalu mencabar, hanya boleh dilalui dengan kenderaan pacuan 4 roda sahaja. Dan ketika dalam perjalanan dari jalan utama ke kampung ini kereta kami mengalami kerosakan . Padahal jaraknya hanya 2km dari simpang jalan utama sahaja dengan keadaan geografi Sabah yang bergunung-ganang dan berbukit-bukau. Ini kerana keadaan sebahagian jalan luar bandar di Sabah yang masih belum berturap, hanya berbatu kerikil, berlumpur, dan sukar dilalui kenderaan ringan.



Tujuan kami mendapatkan kenderaan ini adalah akan digunakan untuk :

- Misi bantuan ke pedalaman iaitu kampung-kampung pendalaman Sabah

- Misi bencana seperti banjir, khususnya ketika banjir monsun

- Untuk kegunaan Infaq Rezeki (Food Bank) mengambil, membeli serta menyalurkan barang makanan


Antara program yang dalam perancangan jika kami mendapat kenderaan ini dengan kadar yang segera adalah "Misi ke rumah di perkampungan pedalaman, misi bantuan banjir seluruh Sabah dan misi infaq rezeki seluruh Sabah". Hal ini dapat memudahkan kami menghulurkan bantuan dari semasa ke semasa serta membantu para peniaga yang tiada kenderaan untuk bergerak ke sana dan ke sini. Kenderaan ini bukan sahaja buat kami tapi manfaat buat kesemua aktivis serta golongon yang memerlukan.



Harapan kami perlukan bantuan dana untuk membeli kenderaan Toyota Hilux dan meneruskan misi kami membantu orang yang memerlukan bantuan. Allah melipatgandakan pahala kepada orang yang bersedekah. Semoga Allah memberi rahmat ke atas anda sekeluarga, Insya-Allah Aamiin.



Allah SWT berfirman:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 01, 2022

ARIF JEMALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 16, 2022

ARIF JEMALI

Menyumbang sebanyak RM15.00

Jun 12, 2022

MUHAMMAD HUSSAINY YUSREE BIN MOHD DIAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 10, 2022

Kempen Sumbangan Tamat