BANTUAN KECEMASAN PASCA TRAGEDI BANJIR BUAT WARGA ACEH 3.0, INDONESIA

Dimulakan pada:
08 Jan, 2026
BANTUAN KECEMASAN PASCA TRAGEDI BANJIR BUAT WARGA ACEH 3.0, INDONESIA
1.87%
RM7,485
/RM400,000
222
penyumbang
262
baki hari

Tentang Kempen

BANTUAN KECEMASAN PASCA TRAGEDI BANJIR BUAT WARGA ACEH 3.0, INDONESIA

Suasana pasca banjir di Aceh kini benar-benar memilukan. Sejak November 2025, tragedi banjir lumpur dan tanah runtuh melanda tiga wilayah Sumatera, dan Aceh adalah antara wilayah yang paling teruk terjejas. Walaupun banjir sudah surut, mereka masih lagi berada dalam keadaan yang sangat daif, ketakutan, dan trauma - Mereka amat memerlukan bantuan kita sebelum menjadi lebih teruk!

Wilayah Aceh sekarang sedang melalui hari-hari yang paling mencabar selepas banjir besar dan tanah runtuh melanda kawasan mereka sejak dari November 2025 yang lalu. 

Dalam suasana yang gelap dan serba tidak menentu, ramai mangsa hanya mampu bertahan dengan apa yang ada. Segala harta dan keperluan yang mereka ada dahulu kini hilang dalam sekelip mata sahaja. 

Dan sekarang, banyak lagi tempat yang masih terputus bekalan elektrik, tempat perlindungan dan ibadah, pam-pam air yang tidak beroperasi sehingga terputus air bersih di kawasan mereka. Air bersih kini menjadi sesuatu yang sukar diperolehi sekarang.

Warga Aceh kini bukan sekadar hilang keselesaan mereka, tapi mereka sebenarnya sudah kehilangan keperluan asas untuk hidup!

Team kami menyaksikan sendiri suasana di lapangan, dan tidak dinafikan, keadaan mereka sekarang sangat menyayat hati. Kebanyakan rumah-rumah di sana bukan sekadar rosak, tetapi hancur dan ada yang tertimbus 100% dengan lumpur kering yang tebal dan keras. 

Lantai, dinding dan ruang rumah mereka kini dipenuhi sisa lumpur yang melekat dan sukar untuk dibersihkan tanpa peralatan yang sesuai serta tenaga yang cukup.

Sebahagian besar rumah turut musnah teruk akibat arus deras yang membawa kayu balak besar, lalu menghimpit dan merosakkan struktur bangunan seolah-olah menghalang mereka daripada kembali kepada kehidupan asal. Apa yang suatu ketika dahulu menjadi tempat berteduh kini bertukar menjadi runtuhan sunyi yang sarat dengan trauma, kehilangan, dan keletihan yang tidak terungkap, sementara para pemiliknya hanya mampu memandang dengan perasaan hiba dan tidak berdaya.

Oleh itu, perkara paling penting buat mereka ketika ini ialah keperluan asas untuk meneruskan kehidupan, serta peluang untuk membina semula kehidupan yang baharu. Justeru, mereka amat memerlukan bantuan anda dengan kadar segera!

Mereka memerlukan makanan dan minuman bersih untuk terus bertahan, keperluan harian, bekalan air bersih bagi kegunaan seharian, serta ubat-ubatan dan rawatan asas kerana ramai yang mula jatuh sakit akibat persekitaran yang kotor dan lembap. 

Selain itu, pakaian bersih, selimut, tikar dan kit kebersihan amat diperlukan kerana kebanyakan harta telah musnah dan tidak dapat digunakan lagi. Peralatan untuk membersihkan rumah seperti penyodok, penyapu, baldi dan sarung tangan juga menjadi keperluan penting supaya mereka boleh mula membersihkan lumpur dan kembali mendiami rumah masing-masing.

Sumbangan anda amat diperlukan kerana masa semakin suntuk dan keadaan di lapangan semakin meruncing. 

Setiap hari tanpa bantuan bermakna lebih ramai terpaksa bertahan dalam kelaparan, kesakitan dan keletihan. 

Setiap ringgit yang anda hulurkan hari ini boleh menjadi penyambung hayat, memberi ruang untuk mereka terus bertahan dan tidak berputus asa. Tanpa bantuan segera daripada orang ramai, penderitaan ini akan berlarutan dan meninggalkan kesan yang lebih mendalam kepada mereka yang sudah pun kehilangan segalanya.

Sedekah anda hari ini mungkin menjadi satu-satunya sumber makanan dan keperluan untuk mengisi perut yang kosong, atau peluang buat mereka bangkit semula dalam membina kehidupan yang baharu selepas tragedi banjir ini.

Al-Quran mengingatkan kita bahawa setiap pemberian di jalan Allah akan dilipatgandakan.

Dan Nabi SAW pun berjanji: sesiapa yang meringankan kesusahan orang lain, Allah akan meringankan kesusahannya di akhirat.

Inilah masa untuk kita bertindak dan membantu saudara kita di sana sebaik mungkin.

Klik butang SUMBANG SEKARANG dan bantu lah mereka seikhlas hati anda.

Semoga Allah gantikan setiap sen yang diberi dengan pahala, rahmat dan perlindungan untuk anda sekeluarga.

Jom #BuatBaik

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 14, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 27, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 23, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 20, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTUAN PAKEJ PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI KEPADA PELAJAR TERPENCIL
PROGRAM BERKHATAN PERCUMA UNTUK PELAJAR TAHFIDZ MISKIN DAN ASNAF
DANA KECEMASAN BUAT USTAZ FADHIL NOOR
INFAQ KOS PERUBATAN UNTUK SAUDARA WAN HARUL