D-8 MALAYSIA FOUNDATION

Dimulakan pada Nov 22, 2023

BAIK PULIH DAN NAIK TARAF PUSAT PENDIDIKAN PASCA TAHFIZ HUFFAZ LANGUAGE CENTER

RM20 / 0.04 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

2 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Huffaz Language Center memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan baik pulih bangunan dan kemudahan pusat pendidikan. Pengajian telah tergendala sehingga dapat disempurnakan keperluan ini. Jom bantu!


Kempen ini bertujuan untuk baik pulih dan naik taraf saluran paip air, tangki dan saluran pembetungan najis yang akan digunakan oleh Huffaz Language Center iaitu pusat sehenti pendidikan serta tempat pembelajaran untuk Pasca (Lepasan) Tahfiz Al-Quran.



Kempen ini dijalankan bagi membantu Huffaz Language Center di bawah salah satu inisiatif pusat kecemerlangan pendidikan Kompleks Yayasan D-8 MALAYSIA bagi membangunkan D-8 Edu City yang bertempat di Lot PT 3766-3772, Taman Industri Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka.



Huffaz Language Center telah pun digunakan dan menyumbang pendidikan kepada para huffaz pasca tahfiz sejak Februari 2022 lalu. Namun, pusat dan operasi pengajian ini terpaksa ditangguhkan dan ditutup sementara waktu pada awal bulan Oktober 2023 lalu dan para pelajar telah diberhentikan bagi tujuan memenuhi keperluan dan keadaan keselamatan terhadap para pelajar. 



Pada ketika ini Kompleks Yayasan D-8 Malaysia ini memiliki 1 blok bangunan yang terdiri dari 7 unit rumah kedai. Bangunan tersedia ada telah lama dan terdapat kerosakan dan memerlukan pembaikan dan naik taraf agar dapat menyediakan prasarana pendidikan yang sesuai dan sempurna kepada para huffaz Al-Quran dan penghuninya.



Sebelum bangunan ini dapat kembali digunakan dan dijadikan Pusat Pendidikan Bahasa untuk para huffaz Al-Quran Pasca tahfiz seperti dahulunya maka pihak kami perlu memperbaiki kerosakan yang berlaku. Mengikut perkiraan kami, jumlah yang kami perlukan untuk baikpulih dan naik taraf saluran paip air, tangki, saluran pembentungan najis bagi ke semua 7 unit bangunan tersebut adalah berjumlah RM49,500. 



PELAN PERANCANGAN HUFFAZ LANGUAGE CENTER (HLC)



Kami memohon kepada Allah SWT dan berharap kepada-Nya yang Maha Pengasih agar memilih hamba-hamba-Nya yang berhati mulia lagi dermawan untuk turut sama berkongsi rezeki membangunkan generasi Huffaz Al-Quran yang berilmu, beriman, bertaqwa dan cemerlang di dunia dan akhirat. Sumbangan daripada anda amat kami perlukan bagi menjaya dan merealisasikan Huffaz Language Center ini walaupun jumlah sumbangan hanya RM10.



"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya ALLAH mengetahuinya." (Al-‘imran, 92)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 01, 2023

Kempen Sumbangan Tamat