Banjir yang melanda Aceh Utara bukan sahaja menenggelamkan rumah penduduk, malah turut menjejaskan dayah tempat para pelajar menuntut ilmu. Air memasuki asrama, menenggelamkan bilik-bilik pelajar serta merosakkan almari yang digunakan untuk menyimpan pakaian dan kitab. Banyak mushaf Al-Qur’an menjadi basah, koyak, malah tidak lagi dapat digunakan untuk mengaji.

“Kitab saya semuanya basah… baju pun sama. Sekarang disimpan dalam guni,”
Ujar seorang pelajar ketika pasukan berada di lokasi. Bagi pelajar, lemari bukan sekadar perabot. Ia adalah ruang kecil untuk menjaga kerapian dan kebersihan kehidupan di pondok.

Al-Qur’an pula bukan sekadar buku ia adalah pegangan hidup, sumber ilmu, dan teman setia dalam setiap halaqah serta waktu mengaji. Selepas banjir, ramai pelajar terpaksa:
1. Menyimpan pakaian dalam guni atau di lantai kerana almari rosak
2. Kehilangan mushaf Al-Qur’an akibat ditenggelami air
3. Sukar menjaga kebersihan dan kerapian barang peribadi
4. Terus belajar dalam keterbatasan kemudahan asas

Melalui kempen ini, kita ingin membantu para santri bangkit kembali dengan menyediakan almari pelajar yang sesuai untuk menyimpan pakaian dan barang peribadi. Selain itu, Al-Qur’an baharu sebagai pengganti mushaf yang rosak akibat banjir
Bantuan ini akan diutamakan untuk Dayah Darur Abrar sebagai lokasi utama penyaluran. Namun, bergantung kepada keadaan di lapangan serta kesan banjir yang meluas, sumbangan juga berpotensi disalurkan ke dayah atau pesantren lain yang turut terjejas dan memerlukan sokongan kemudahan asas. Apabila banjir surut, perjuangan mereka untuk kembali belajar dengan tenang baru benar-benar bermula.
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini