Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Apr 13, 2023
RM7,000 / 100.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
302 Penyumbang
Kempen Berjaya
Hendaklah kita benar-benar memanfaatkan hari-hari terakhir ini dengan sebaik-baiknya dan bersungguh-sungguh mengisinya dengan ketaatan kepada Allah SWT. Sepuluh hari terakhir inilah terdapat keistimewaan yang tidak ada pada malam-malam Ramadhan sebelumnya. Hal ini telah dicontohkan dengan baik oleh suri tauladan kita Nabi Muhammad SAW.
“Pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan Rasulullah SAW lebih giat beribadah melebihi hari-hari selainnya.” (HR. Muslim)
Ramadan adalah bulan pengampunan dosa-dosa dan bulan penuh keberkatan. Pada bulan ini semua jenis amalan akan dilipatgandakan pahalanya termasuk dengan memberi atau bersedekah dan infaq. Sehubungan itu, pihak maahad tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah menyeru muslimin dan muslimat yang budiman untuk bersedekah kepada anak yatim miskin dan asnaf serta guru-guru tahfiz bagi meringankan beban mereka untuk persiapan dan perbelanjaan menjelang Aidilfitri.
Pihak maahad berhasrat untuk memberi sumbangan dalam bentuk barangan keperluan makanan harian buat para pelajar untuk dibawa pulang sebelum menjelang Aidilfitri. Puluhan para pelajar tahfiz di sini daripada kalangan keluarga yang susah dan miskin. Begitu juga dengan para guru-guru tahfiz serta kakitangan maahad yang ikhlas berkhidmat walaupun dengan gaji yang kecil di maahad kami. Adalah diharapkan sumbangan sedekah ini dapat meningkatkan kesetiaan pekerja kepada maahad dan berupaya mengelakkan kekurangan tenaga pekerja.
Mari ambil peluang di 10 terakhir Ramadhan untuk menggandakan pahala dengan bersedekah untuk tabung kebajikan Aidilfitri para pelajar dan guru tahfiz Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Aidilfitri adalah hari bahagia, sunnah menghidupkannya dengan kegembiraan bukan dengan titisan air mata. Dengan sumbangan yang pihak muslimin dan muslimat berikan nanti diharapkan dapat mengukir senyuman kegembiraan buat mereka di hari raya.
Sesungguhnya adalah amat beruntung bagi mana-mana umat islam yang dapat merebut peluang tersebut serta dapat mengisi malam-malam tersebut dengan amal-amal kebaikan. Ini kerana setiap amal kebaikan yang dikerjakan akan dilipatgandakan. Semoga segala sumbangan sedekah atau infak anda semua diganjari Allah SWT lebih baik dari 1000 bulan. Jazakumullahu khairan Jaza’
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM180.00
Apr 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 20, 2023