PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ IBNU ABBAS

Dimulakan pada Aug 09, 2022

BANTUAN PENDIDIKAN DAN KEPERLUAN PELAJAR TAHFIZ IBNU ABBAS

RM1,235 / 15.44 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

59 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami mencari dana bagi menampung yuran tertunggak pelajar kurang berkemampuan dan yuran tertunggak kos operasi Ibnu Abbas. Bantulah kami.


Antara amalan yang paling mudah untuk dilakukan adalah bersedekah. Ia patut dilakukan oleh setiap umat Islam kerana terdapat banyak kelebihan bersedekah. Amalan ini sangat senang dan boleh menolong mereka yang memerlukan bantuan anda. Anda tidak perlu bersedekah banyak pada setiap masa jika anda tidak mampu. Hanya bersedekah mengikut kemampuan anda dan anda boleh menikmati kelebihan yang terdapat pada golongan mulia ini.



Sejak musim PKP ini, kebanyakan rumah dan pusat untuk anak-anak asnaf, anak yatim mengalami kesukaran sumber sokongan dalam menguruskan rumah anak yatim hasil dari ekonomi yang terkesan. Pengusaha-pengusaha ini terpaksa menggunakan simpanan sendiri untuk memastikan pengurusan rumah anak-anak yatim ini dapat berjalan dengan baik. Oleh itu, sumbangan daripada tuan puan semua amatlah diperlukan untuk memastikan rumah tahfiz dan anak-anak yatim ini dapat berjalan dan diuruskan dengan baik.



Jika kita selalu bersedekah, nescaya hati kita akan sentiasa berasa tenang kerana dapat membantu mereka yang memerlukan. Ia dapat mencuci hati dan memberikan kebahagian. Bersama kita membantu pelajar tahfiz Ibnu Abbas menuntut ilmu agama disini. Ingatlah, tidak rugi orang yang beramal dengan melakukan sedekah kerana amalan ini keberkatannya tidak ternilai. Mari kita sama-sama membantu menyumbang kepada tahfiz Ibnu Abbas. Semoga dengan sumbangan kita ini, dapat membantu mengurangkan sedikit sebanyak kos pengurusan, dan kos keperluan asas pelajar dan pengurusan madrasah.



Semoga para penginfaq terus dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat serta dikeluarkan dari segala kesusahan dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah. Ya Allah! Terima kasih kerana hadirkan insan yang baik-baik. Mukmin yang sejati sememangnya adalah dermawan. Sebagaimana hadis ini, amalan yang boleh menghapuskan dosa adalah bersedekah. Tidaklah sedekah itu menjadi sia-sia kerana akan dihapuskan dosa-dosa dilakukan muslimin dan muslimat. Semoga Allah membalas segala budi para dermawan sekali dengan pahala yang berganda. Amiin.



Firman Allah SWT:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 26, 2022

Kempen Sumbangan Tamat