BANTUAN DI HUJUNG RAMADHAN UNTUK IBU TUNGGAL MISKIN

RM740 / 14.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

20 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pemberian bantuan untuk ibu tunggal miskin ini adalah tanda prihatin kita kepada mereka. Semoga pemberian yang dihulur akan menjadi rahmat dan saham akhirat untuk kita nanti.


Assalamualaikum wbt. Golongan ibu tunggal yang kami raikan ini adalah mereka yang amat memerlukan bantuan dari kita semua. Sebahagian mereka bukan tidak berkerja, namun pendapatan yang diperolehi amat kecil dan amat sukar untuk mereka menyara keluarga. Ada di antara mereka yang mempunyai ramai anak dan masih bersekolah dan ada di antara mereka yang menjaga orang tua yang uzur.


Persatuan kami ini sememangnya membela kebajikan ibu tunggal yang susah dan memerlukan pertolongan. Pihak kami memberi jaminan bahawa sumbangan yang diterima akan disalurkan pada sasaran atau penerima dengan jujur dan amanah kerana kewangan kami diaudit setiap tahun.



Sejak dari tahun 2012, persatuan kami telah membantu ramai golongan ibu tunggal yang memerlukan bantuan sama ada dari segi kewangan, sokongan moral, tempat tinggal mahupun tempat rujukan bagi memulakan hidup baru dan sebagainya. Ramai di antara mereka yang mengalami tekanan emosi dan seperti hilang arah tuju apabila hilangnya tempat bergantung selepas ketiadaan suami.


Maka sebab itulah kami tampil untuk membantu mereka sedaya yang mampu. Itulah sebahagian rutin aktiviti kami sejak sekian lama. Alhamdulillah, dengan bantuan serta sokongan dari ramai pihak, ramai golongan ibu tunggal yang dahulunya hidup susah telah dapat memulakan hidup baru yang lebih baik.



Sebagai usaha untuk melihat lebih ramai golongan ibu tunggal yang susah dan tercicir ini untuk bangkit semula memulakan hidup baharu, kami mengalu-alukan masyarakat di luar sana bersama kami menjayakan kempen ini agar kehidupan golongan ibu tunggal yang memerlukan bantuan ini terbela.



Golongan ibu tunggal yang akan dibantu ini terdiri dari pelbagai latar belakang iaitu ada yang muda dan ada yang telah berumur serta kurang berkemampuan dari segi kewangan. Walaupun ada sebahagiannya bekerja, namun pemilihan adalah berdasarkan mereka yang berpendapatan rendah.



Pada kebiaasaannya, bantuan yang akan dihulur untuk mereka ini adalah mengikut keadaan di mana seperti ketika ini iaitu umat Islam akan merayakan Aidilfitri, mereka akan diberikan bantuan seperti barangan dapur bagi persiapan menghadapi hari raya dan duit raya.


“Orang yang berusaha menyantuni para janda dan orang miskin adalah seperti mujahid di jalan Allah dan juga seperti orang yang salat malam dan berpuasa di siang harinya.” (HR. Ibnu Majah)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 09, 2024

MUHAMAD AMIN BIN MD SARIF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

Kempen Sumbangan Tamat