Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Jan 15, 2025
RM230 / 7.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
15 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban ibu tunggal yang memerlukan melalui pemberian bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan asas. Usaha ini bukan sahaja memberikan sokongan material, tetapi juga membawa sinar harapan kepada mereka yang menghadapi kesulitan hidup.

Setiap bakul makanan akan mengandungi:
1. Beras (5kg)
2. Minyak masak (2 liter)
3. Gula (1kg)
4. Tepung gandum (1kg)
5. Makanan kering (bihun/mee)
6. Kopi/teh
7. Susu pekat atau susu tepung (jika ada keperluan khas)

Penyediaan bakul makanan akan dilakukan dengan pembelian barangan asas secara pukal untuk menjimatkan kos serta susunan barangan ke dalam bakul oleh sukarelawan. Agihan akan dilakukan dengan melakukan agihan secara langsung ke rumah ibu tunggal yang memerlukan atau alternatif dengan menjemput mereka ke lokasi tertentu untuk pengambilan bakul makanan.

Kami akan menyediakan laporan kepada penyumbang tentang jumlah dana terkumpul dan penerima bantuan serta mengumpul maklum balas penerima untuk penambahbaikan program.

Dengan menyertai program atau menyumbang kepada program ini, anda akan dapat menyumbang kepada golongan yang memerlukan sebagai amal jariah. Selain itu ia akan membina ukhuwah dan membantu mengurangkan jurang kemiskinan serta memupuk nilai empati dan prihatin dalam kalangan masyarakat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 24, 2025
SALEHUDIN DAN KELUARGA
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jan 17, 2025
SYG
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2025
MOHD FUAD BIN ABDUL HAZIZ
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2025
NORZIMA BINTI KAMSAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2025