BANTUAN KECEMASAN MANGSA KEBAKARAN DI KG TITINGAN TAWAU

RM1,640 / 10.93 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

78 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita bersama sama membantu mereka di dalam keadaan yang memerlukan kita jika bukan kita siapa lagi ayuh! bersama sama kami dalam usaha membantu mereka.


Assalamualaikum WBT, para dermawan dan para penyumbang yang di kasihi, kami di Pertubuhan Bakti Sabah terpanggil untuk menjalankan kempen Bantuan Kecemasan Mangsa Kebakaran di Kampung Titingan Tawau, Sabah, yang mana masyarakat di kampung tersebut, sering kali berlakunya kebakaran rumah mereka. Di mana mereka majoritinya adalah dari golongan yang kurang berkemampuan. Justeru itu, marilah kita bersama sama berkongsi rezeki membantu mereka ini bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung.



Berikut adalah maklumat berkaitan kebakaran yang berlaku di Kampung Titingan, Tawau, Sabah yang dilaporkan oleh pihak BESTawau. Dua wanita ditemui rentung dalam satu kejadian kebakaran membabitkan 5 buah rumah di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama, awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 12.53-pagi itu, mayat Kamisah Mapiasah 40-tahun dan Sadiah Jabar 70-tahun ditemui di salah sebuah rumah yang terbakar. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran itu kira-kira pukul 12.53-pagi. Kebakaran melibatkan tiga buah rumah jenis tidak kekal dan dua buah rumah jenis separuh kekal.



Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan menggunakan dua aliran 400-kaki 4-pancutan sumber air dari Jentera Bomba dan bantuan daripada Bomba Komuniti Sri Titingan menggunakan satu aliran 400-kaki 1-pancutan pam angkut dari sumber Jabatan Air.


Beliau berkata, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran di kampung tersebut kira-kira pukul 1.32-pagi. Katanya, hasil pemeriksaan terdapat dua mangsa perempuan ditemui rentung dalam kebakaran itu dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Jelasnya, kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 3.08-pagi. Terdahulu, operasi memadamkan api dilakukan seramai 18-anggota dari BBP Tawau ke lokasi yang terletak sejauh 4-kilometer dengan dibantu seramai 14-anggota Bomba Komuniti Sri Titingan. Operasi turut disertai oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), SESB, KKM dan RELA.



Bantuan yang akan diberikan adalah barangan keperluan asas kepada pengurusan mangsa kebakaran di kampung tersebut. Kami menganggarkan sebanyak 5-10 penerima manfaat dan 1 keluarga akan mendapat barangan keperluan iaitu di bawah RM 500.00 seperti :


1. Tilam

2. Pakaian harian seperti baju dan seluar

3. Barangan mandi

4. Khemah

5. Lain-lain keperluan


Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat mengikut sumbangan yang diperoleh. Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menyumbang serendah RM10 untuk bantu mereka!



Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."( Hadis Riwayat Tabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 13, 2022

NISHA AZIZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 13, 2022

Kempen Sumbangan Tamat