IFTAR AMAL PERDANA

RM415 / 3.55 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM11,700

28 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan untuk membawa bonda-bonda (warga emas) di Darul Insyirah untuk ke Iftar Amal Perdana di Hotel Tenera Bangi.


Sebagai salah satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berjuang untuk meningkatkan kualiti kehidupan ummah, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) dalam usaha untuk mengumpul dana bagi menampung keperluan inisiatif kami yang terdiri daripada Raudhatul Huffaz (RH), Projek Tuisyen Ummah (PROTU), Anjung Insyirah (AI) dan juga Darul Insyirah (DI) ini. Oleh itu, PACU dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan melaksanakan Majlis Iftar Amal Perdana pada bulan ramadan nanti. Apa yang menariknya lagi, Majlis Iftar Amal Perdana ini akan dihadiri oleh Professor. Dr. Aznan Hasan selaku Pensyarah Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIBF) UIAM.



Justeru itu, dengan pelaksanaan Majlis Iftar Amal Perdana ini dapat membantu kami dalam memberikan bantuan yang lebih baik kepada mereka. Melalui Majlis Iftar Amal Perdana ini bakal mengumpulkan para tetamu jemputan dari pelbagai latar belakang dan kami menyasarkan 40 orang bonda-bonda Darul Insyirah dan juga anak-anak asnaf untuk menyertai iftar perdana ini.



Dengan rasa rendah hati, kami memerlukan bantuan anda semua daripada bentuk sumber kewangan iaitu dengan jumlah RM20 seorang bagi menampung kos jamuan Majlis Iftar Amal Perdana ini nanti. Dengan harga sebanyak RM195 bagi sebuah kerusi manakala RM1950 bagi sebuah meja. Dengan itu, kami memerlukan dana sebanyak RM11,700 untuk membawa lebih kurang 40 orang bonda dan anak-anak asnaf tersebut. 



Ayuhlah bersama-sama PACU membangunkan komuniti yang lebih baik dari pelbagai sudut terutamanya dari sudut pendidikan dan menjadikan bulan Ramadan kali ini lebih bermakna kerana menurut sabda Nabi dalam hadis sahih bahawa ‘Naungan orang yang beriman di hari kiamat ialah sedekahnya." (Hadis Riwayat Ahmad)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 03, 2023

SITI ROHAIDAH MUSTAPA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Apr 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat