PERTUBUHAN PROFESIONAL AMAL EHSAN

Dimulakan pada Mar 12, 2024

IFTAR DAN BANTUAN KEWANGAN PESAKIT ASNAF FAKIR MISKIN

RM95 / 0.19 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini untuk mengurangkan beban pesakit buah pinggang yang juga merupakan asnaf fakir miskin. Sumbangan iftar beserta bantuan kewangan dapat meringankan beban mereka.


AMAL EHSAN merupakan Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan (Non-Profit Organisation) yang mensasarkan bantuan ubat-ubatan, kelengkapan perubatan, sokongan kesihatan dan pemulihan termasuk fisioterapi, dialisis (hemodialisis dan peritoneal dialisis) dan seumpamanya, perundingan kesihatan termasuk saringan asas kesihatan serta perkhidmatan sokongan sosio-ekonomi kumpulan sasar. Kumpulan sasar bagi Amal Ehsan ialah Asnaf Fakir Miskin, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Ibu Tunggal.



Kempen ini merupakan inisiatif AMAL EHSAN untuk mengurangkan beban pesakit buah pinggang yang juga merupakan asnaf fakir miskin. Sumbangan iftar beserta bantuan kewangan dapat meringankan bebanan mereka, seterusnya membolehkan mereka memberi fokus kepada perawatan hemodialisis buah pinggang yang juga memerlukan kos yang besar setiap bulan.



Kumpulan sasaran kami adalah asnaf fakir miskin yang disahkan oleh Lembaga Zakat Selangor. Selain itu, pesakit kegagalan buah pinggang (End Stage Renal Failure) yang disahkan oleh Laporan Perubatan Hospital dan Pusat Hemodialisis. Bilangan sasaran adalah 100 orang dan sesi penyerahan akan dibuat 10 kali sepanjang bulan Ramadan.



Kos bagi satu pek adalah RM15. Pek iftar kami mengandungi:


1. Nasi putih

2. Lauk (ikan, ayam atau daging)

3. Sayuran

4. Buah-buahan

5. Kurma/ Kuih

6. Air minuman



“Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri”

(Hadis Riwayat al-Thabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

PUTERA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 02, 2024

PUTERA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2024

Kempen Sumbangan Tamat