TAJAAN IFTAR PELAJAR KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM KELANTAN

RM20 / 0.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

2 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama bersedekah dengan menaja makanan berbuka puasa untuk para pelajar Kolej Teknologi Darul Naim.


Kempen Tajaan Iftar Pelajar Kolej Teknologi Darul Naim, Kelantan dibuat bertujuan untuk mendapatkan sumbangan bagi hidangan berbuka puasa para pelajar yang rata-rata berusia antara 18 tahun-21 tahun dan kebanyakan mereka datang dari keluarga yang berpendapatan rendah.



Kolej teknologi Darul Naim yang bertempat di Pengkalan Chepa Kelantan menempatkan hampir 80.14% pelajar yang datangnya dari keluarga berstatus asnaf. Program ini dirangka bagi memberi manfaat buat para pelajar ini.



Sumbangan ini dapat membantu pelajar-pelajar yang terpaksa mengikat perut dan berlapar kerana kekangan kewangan dan golongan ini juga boleh dianggap sebagai kumpulan fisabilillah kerana sedang berjuang menuntut ilmu. Allah berfirman dalam Al-Quran yang maksudnya:


"Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara…" (Surah al-Hujurat, ayat 10)



Oleh itu, setiap Muslim adalah bersaudara selagi mereka berpegang kepada akidah tauhid yang sama. Islam bukan sekadar menetapkan bahawa setiap orang Islam perlu merasai kesusahan yang ditanggung oleh golongan fakir dan miskin dengan berpuasa, malah turut menganjurkan umatnya untuk memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadan.



Rasulullah SAW menunjukkan contoh yang terbaik sebagai seorang yang dermawan pada bulan Ramadan. Ibnu 'Abbas meriwayatkan bahawa: "Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan, saat baginda bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al-Quran. Dan sifat dermawan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus." (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

PUTERA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 04, 2024

PUTERA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 01, 2024

Kempen Sumbangan Tamat