ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Mar 08, 2024

INFAQ IFTAR MAKANAN HANGAT BERKHASIAT BUKA PUASA RAMADAN DI GAZA

RM805 / 26.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

30 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ramadan semakin hampir. Jangan biarkan saudara kita di Palestin kehilangan kebahagiaan bulan mulia. Jom hantarkan makanan hangat berkhasiat untuk berbuka puasa!


Tiada kata-kata yang dapat menyampaikan dengan sempurna kesedihan yang dirasa oleh saudara kita yang menjadi mangsa. Di antara mereka, terdapat banyak kanak-kanak yang tidak bersalah meninggal dunia karena malnutrisi, seorang bapak tua yang sakit seharusnya mendapatkan makanan sehat, tetapi karena sekatan dan kekejian Zionis ia meninggal dunia karena tidak ada nutrisi dari makanan untuk kesembuhannya. Hasbunallah wani’mal wakiil.



Seiring Ramadan yang hampir tiba, kita masih menyaksikan dengan sedih kekejaman dan penindasan yang diterima oleh saudara-saudara kita di Gaza, yang menghalang mereka daripada memperoleh makanan yang diperlukan. Kita tidak boleh membiarkan mereka berpuasa tanpa berbuka di waktu petang.



Kisah-kisah tentang kesukaran mencari makanan, seperti seorang bapa yang kehilangan anaknya dalam usaha mendapatkan sebungkus tepung, adalah contoh yang nyata tentang kekejaman yang mereka hadapi setiap hari di Gaza. Beliau tidak pernah menyangka bahawa perjalanan singkat untuk mendapatkan makanan akan berakhir dengan kehilangan anaknya.



Sebelum ini, sumbangan anda telah membantu kami menyediakan makanan sedia untuk dimakan kepada pelarian di beberapa kem pelarian Deir Al Balah. Ayuh teruskan misi kebaikan ini! Saudara-saudara kita di Gaza masih memerlukan bantuan kita. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, kerana di bulan yang mulia ini, Zionis malah bertindak menyusahkan saudara kita di Palestin. 



Kita tidak boleh lagi membiarkan anak-anak kecil kelaparan atau bayi tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Kita tidak boleh membiarkan mereka diancam oleh penyakit kerana hanya makanan haiwan yang tersedia untuk mereka.




Dengan bermula dari sumbangan serendah RM10, InshaAllah kita dapat menyediakan makanan hangat yang berkhasiat bagi pelarian di Gaza. Setiap sumbangan adalah tanda sokongan kita terhadap perjuangan mereka dan satu langkah kecil namun bermakna dalam mempertahankan tanah air Palestin serta pembebasan Al Aqsa.



Mari bersama-sama berdiri teguh dalam solidariti untuk mereka yang memerlukan bantuan kita. Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 28, 2024

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 22, 2024

Kempen Sumbangan Tamat