ALSALAM CHARITY FOUNDATION

Dimulakan pada Sep 23, 2023

IFTAR FEEDING 2024

RM590 / 2.95 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

7 Penyumbang

124 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Gandakan ganjaran pahala anda dengan menderma untuk kempen persiapan ramadhan buat saudara Muslim di Afrika Timur. Semoga mereka dapat menikmati juadah berbuka sama seperti kita juga. Ayuh kita bantu!


Alhamdulillah atas nikmat hidup yang Allah kurniakan kepada kita. Bulan suci Ramadhan hampir tiba sekali lagi. Ramadhan adalah bulan suci bagi semua umat Islam di seluruh dunia setiap tahun. Ia adalah salah satu bulan yang paling penting dalam setahun dan bulan yang membawa ganjaran yang besar. Ia adalah bulan pengabdian, rahmat dan peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia adalah masa yang tepat pada bulan ini untuk kita memohon keampunan dengan ikhlas, mengejar keberkatan pahala dan memberi kepada mereka yang memerlukan.



Alsalam Charity Foundation mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen dengan lebih awal agar sempat untuk kami mendapat kutipan apabila sudah tiba bulan Ramadhan. Sumbangan ini bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan juadah berbuka puasa, tetapi juadah Aidilfitri juga. Kami menganggarkan setiap hari akan menjamu kepada lebih 1,000 anak yatim yang memerlukan di Afrika Timur sepanjang Ramadhan.


Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun.” (HR Tirmidzi) 



Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, kita semua berasa lapar dan kita tidak sabar untuk menjamu selera pada waktu berbuka puasa yang penuh dengan hidangan kegemaran kita. Bagi ramai anak yatim di Afrika, Ramadhan adalah masa di mana kelaparan mereka tidak berakhir. Kami merayu kepada penderma yang dikasihi untuk menyokong kami dan bersama-sama membantu mereka yang memerlukan untuk berbuka puasa. Ini boleh dilakukan melalui menderma serendah RM10 untuk memberi makan setiap kanak-kanak.



Sumbangan anda juga akan membantu menyokong program Aidilfitri untuk anak-anak yatim yang memerlukan. Kami percaya setiap kanak-kanak berhak untuk tersenyum terutama pada hari raya dan ketika berbuka puasa. Ia hanya mengambil masa seminit untuk menderma, tetapi kesannya boleh bertahan seumur hidup. Gandakan ganjaran anda dengan menderma untuk kempen ini. Makanan berbuka puasa kami InsyaAllah akan diedarkan di sekolah-sekolah Islam dan di masjid-masjid sepanjang bulan Ramadhan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

PUTERA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 04, 2024

PUTERA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 03, 2024

PUTERA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Mar 29, 2024

MOHD FAHMY BIN AHMAD SUHAIMY

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 19, 2024