TAJAAN BERBUKA PUASA ORANG ASLI KG AIR BANUN DAN KG SUNGAI RABA TASIK BANDING PERAK

RM580 / 11.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah sama-sama kita bersedekah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini untuk menggembirakan saudara-saudara seislam kita di perkampungan orang asli dengan juadah berbuka puasa.


Kami ingin menjemput anda semua untuk sama-sama menaja dan menyumbang makanan berbuka puasa bagi saudara semuslim kita di Perkampungan Orang Asli Kg. Air Banun dan Kg. Sungai Raba, Tasik Banding Perak.



Haluan Malaysia telah menyantuni dan melazimi aktiviti-aktiviti bersama penduduk orang asli disini bahkan membantu dalam pembinaan fasiliti di perkampungan ini. Allah berfirman dalam Al-Quran yang maksudnya:


"Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara…" (Surah al-Hujurat, ayat 10)



Oleh itu, setiap Muslim adalah bersaudara selagi mereka berpegang kepada akidah tauhid yang sama. Islam bukan sekadar menetapkan bahawa setiap orang Islam perlu merasai kesusahan yang ditanggung oleh golongan fakir dan miskin dengan berpuasa, malah turut menganjurkan umatnya untuk memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadan.




"Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan, saat baginda bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al-Quran. Dan sifat dermawan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus." (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ABD AZIZ MOHAMED

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 15, 2024

NOOR DIRAN BINTI AHMAD

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 12, 2024

Kempen Sumbangan Tamat