السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Gandakan pahala dan amal ibadat anda dibulan ramadan yang mulia dengan sedekah yang anda mampu serta menggembirakan golongan yang kurang berkemampuan menikmati juadah iftar yang lazat dan berkhasiat.

Atas peluang dan kesempatan yang dikurniakan oleh Allah SWT ini, maka pihak Pertubuhan Sukarelawan Amal Wangsa Maju (Persuwa) merasakan bahawa perlunya untuk kita yang berkemampuan untuk bersama meraikan anak-anak yatim di bulan Ramadan dengan menyediakan makanan untuk mereka berbuka puasa. Kami mulai kempen ini dengan lebih awal supaya tabungan mampu mencapai sasaran pada Ramadan kali ini.

Pihak kami akan menyediakan juadah makanan berupa nasi berlauk, kuih-muih, buah-buahan dan minuman khusus untuk golongan asnaf yang memerlukan yang berada di sekitar Wangsa Maju dan Kuala Lumpur. Sasaran kami adalah sekitar 10,000 pek makanan berkhasiat untuk iftar Ramadan pada kali ini dan diedarkan sepanjang Ramadan 2023.

Oleh itu, pihak kami mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program iftar ini. Semoga ia dapat menggembirakan serta menceriakan mereka yang memerlukan. Semoga sumbangan Tuan/Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar serta redha Allah SWT.

Nabi SAW bersabda: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi) Nabi SAW juga ada bersabda: “Takutlah kamu dari seksaan api neraka walaupun dengan bersedekah separuh buah tamar.” (Sahih Al-Bukhari dan Muslim)
Jom #BuatBaik!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Terima kasih kepada semua penyumbang kempen ini. Pagi ini 28 Mac 2023 Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Amal Wangsa Maju, Tuan Iswan telah pun menyerahkan sumbangan sebanyak RM1000 kepada Puan Julia. Puan Julia yang mengelola sedekah jumaat, iftar dan moreh di Masjid Al Mutaqqin, Wangsa Melawati, Wangsa Maju.

Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini