MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 18, 2024

JAMUAN IFTAR RAMADAN PELAJAR MAAHAD ASNAF DAN YATIM

RM545 / 7.79 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

37 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAIH PAHALA MELIMPAH DENGAN SEDEKAH IFTAR RAMADAN BUAT PARA PENDAMPING AL-QURAN DI MAAHAD KAMI.


Dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini, mari bersama-sama menguatkan ikatan kebersamaan dan kasih sayang dalam kalangan umat Islam dengan menyumbangkan sedekah iftar kepada bakal 75 orang para huffaz Al-Quran di maahad kami. Mereka anak-anak asnaf dan yatim yang telah mengabdikan diri mereka untuk mempelajari dan menghafal kalamullah iaitu khazanah berharga untuk umat Islam.



Dengan penuh penghargaan dan kehormatan, ayuh bersedekah untuk memberikan mereka santapan berbuka puasa yang bermakna. Sumbangan ini bukan sekadar sebagai penghargaan kepada usaha mereka dalam menjaga dan menghafal Al-Quran, tetapi juga sebagai bentuk sokongan moral yang anda dapat berikan kepada mereka.



Mulai RM10 mari berikan sumbangan yang bererti bagi mereka, memberi mereka kelegaan dan kebahagiaan di saat-saat berbuka puasa. Sedekah iftar ini bukan hanya memberi manfaat jasmani, tetapi juga membawa keceriaan dan harapan kepada hati mereka yang merindui kasih sayang dan kebaikan.





Melalui sedekah iftar ini juga anda akan turut dapat merasai keberkatan Ramadan dengan memberi manfaat kepada mereka yang telah berjuang untuk memelihara ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga setiap sumbangan yang anda berikan menjadi penyubur bagi semangat mereka dalam menuntut ilmu dan mengamalkan segala tuntutan dalam Al-Quran.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 27, 2024

PUTERA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 22, 2024

Kempen Sumbangan Tamat