ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 27, 2023

MENABUNG PAHALA LEBIH AWAL DENGAN SEDEKAH IFTAR UNTUK ASNAF

RM225 / 7.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom lipat gandakan pahala kebaikan anda dengan memberikan makan kepada asnaf yang berpuasa di bulan Ramadan!


Assalamualaikum Tuan dan Puan, semoga anda dan keluarga selalu dalam keadaan sihat dan sejahtera. Alhamdulillah setakat ini kita sudah sampai di bulan Rejab, salah satu bulan yang termasuk dalam 4 bulan Hurum, yaitu bulan yang dimuliakan Allah SWT. Di mana Allah SWT akan melipatgandakan pahala dari amalan kebaikan, dan melipatgandakan pula dosa dari perbuatan maksiat yang diperbuat. Semoga Allah SWT cukupkan umur kita sehingga dapat banyak-banyak ibadah dan meraih rahmatNya. Sabda Rasulullah SAW:


”Setahun berputar sebagaimana keadaannya sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan haram (suci). Tiga bulannya berturut-turut yaitu Dzulqo’dah, Dzulhijjah dan Muharram. (Satu bulan lagi adalah) Rajab Mudhor yang terletak antara Jumadal (akhir) dan Sya’ban.” (HR. Bukhari no. 3197 dan Muslim no. 1679)




Asar Humanity menjemput Tuan/Puan untuk meraih redha dan melipatgandakan pahala dari pada keutamaan sedekah. Salah satunya melalui sedekah pek makanan iftar yang inshaAllah akan kami berikan kepada orang miskin, anak yatim, musafir, pelajar tahfiz, serta asnaf yang berpuasa di bulan Ramadhan.



InshaAllah sedekah pek makanan iftar ini menjadi salah satu pahala untuk menjemput keredhaan dan keberkahan Allah SWT. Bayangkan pek makanan iftar yang anda berikan dilepaskan dahaga orang berpuasa pada saat bulan Ramadhan. Semoga Allah lipatkan ganjaran pahala kepada yang berpuasa dan kepada anda yang bersedekah.



“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”

(HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 30, 2023

Kempen Sumbangan Tamat