SURAU AL-AZHAR

Dimulakan pada Feb 21, 2024

SUMBANGAN IHYA RAMADHAN SURAU AL AZHAR

RM250 / 8.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sumbangan Ihya' Ramadhan untuk Surau Al-Azhar, Seri Kembangan.


Pada bulan Ramadhan tahun ini, kami menyasarkan untuk menganjurkan program-program bermanfaat bagi menghidupkan bulan yang mulia ini khususnya aktiviti seperti solat tarawih dan hidangan juadah moreh.


Seperti surau dan masjid-masjid yang lain, sudah semestinya bil-bil utiliti dan perbelanjaan harian akan meningkat dengan kehadiran yang ramai berlumba-lumba untuk tidak melepaskan peluang menghimpun pahala berganda seperti yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.




Diharapkan sumbangan pihak tuan/puan dapat membantu mengurangkan beban dan kos yang perlu dipikul oleh pihak Surau Al-Azhar dan dapat mempermudahkan jemaah di sini beribadah dengan selesa.


Hasil sumbangan akan kami gunakan sepenuhnya bagi menapung kos-kos di bulan Ramadhan.




Akhir sekali, ketahuilah betapa besarnya ganjaran yang diberikan kepada mereka yang rajin bersedekah. Marilah sama-sama kita menghulurkan sumbangan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.


Sumbangan pihak tuan/puan sangatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat