Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
SURAU RIYADUS SOLIHIN PERUMAHAN MAKMUR TAJAU JAYA
Dimulakan pada Mar 12, 2024
RM4,067 / 101.68 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000
193 Penyumbang
Kempen Berjaya
Alhamdulillah, kami panjatkan syukur kepada Allah SWT kerana surau untuk penduduk setempat telah pun siap dan bersedia untuk digunakan. Kebetulan juga bulan Ramadan sudah pun tiba.
Namun, memandangkan surau ini masih baru, masih banyak fasiliti yang belum lengkap. Hal ini telah mencacatkan pergerakan dan aktiviti yang ingin dibuat di surau ini bersama jemaah yang hadir.
Antara masalah yang dihadapi surau buat masa ini adalah elektrik masih single phase yang perlu ditukar ke 3 phase kerana penggunaan tenaga yang tinggi oleh penghawa dingin untuk keselesaan jemaah. Bayaran utiliti setiap bulan juga perlu diambil kira.
Selain itu, pihak surau dalam perancangan ingin memasang awning bagi keselesaan jemaah sekiranya jamuan berbuka puasa dan moreh dibuat. Kos untuk memasang tar jalan kerana persekitaran surau masih dikelilingi dengan tanah yang berlecak sekiranya hari hujan. Ia akan mengotorkan pakaian jemaah yang ingin beribadah.
Pihak surau juga memerlukan kos untuk program-program ilmiah seperti ceramah agama, jamuan berbuka puasa dan moreh untuk masyarakat setempat dan kelas Al-Quran buat anak-anak. Pihak surau sangat cakna dengan cadangan dan suara penduduk supaya mereka sentiasa teruja untuk hadir mengimarahkan surau sentiasa.
Surau yang meriah dengan jemaah dan anak-anak menandakan Islam masih kuat dan kami berharap keadaan ini akan sentiasa berlanjutan walaupun berakhirnya bulan Ramadan nanti. Justeru, keselesaan jemaah adalah keutamaan kami.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Pada minggu ini, kami telah memulakan proses untuk membuat tar jalan. Terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam melancarkan proses ini.
Alhamdulillah, pihak surau melunaskan sebahagian tanggungjawab yang diberikan penyumbang dengan mengadakan program iftar bersama penduduk setempat.
Alangkah gembiranya hati kami melihat anak-anak dapat bersama merasai suasana berbuka puasa di surau ini. Mungkin juga ini pengalaman baru bagi mereka.
Sumbangan ikhlas dari anda, kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga anda dibalas dengan limpahan rahmat dan kemurahan rezeki dari Allah SWT.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 12, 2024