MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 12, 2023

HADIRKAN IKAN SEGAR UNTUK ANAK-ANAK TAHFIZ MENUNTUT ILMU

RM20 / 0.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

2 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI KONGSI REZEKI DENGAN MENYUMBANG UNTUK MENGHADIRKAN IKAN SEGAR UNTUK MEMBERIKAN NUTRISI BUAT ANAK-ANAK ASNAF DAN YATIM DI MAAHAD KAMI MENUNTUT ILMU.


Ikan segar adalah salah satu kurniaan Allah yang kaya dengan memberikan manfaat kepada kesihatan dan perkembangan para pelajar kami semasa menjalani pengajian mereka di maahad. Oleh itu, kami ingin mengajak semua muslimin dan muslimat sama membantu berinfaq untuk maahad tahfiz dapat membeli ikan-ikan yang baik yang mempunyai sumber protein berkualiti tinggi.



Nutrisi yang terkandung dalam ikan akan menjana tenaga yang cergas untuk mereka menuntut ilmu dengan tubuh badan yang sihat. Dengan ini pihak maahad menyeru muslimin muslimat dapat membantu anak-anak disini berjihad dengan saudara-saudari dapat memberikan sumbangan infaq ikan segar. Sumbangan ini bertujuan untuk menyokong keperluan nutrisi 75 orang pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah.



Dalam tempoh seminggu, sebanyak 40 kilogram ikan diperlukan untuk menyediakan hidangan yang berkhasiat kepada para pelajar kami, yang majoritinya adalah anak-anak asnaf dan yatim. Pemakanan yang seimbang amat penting dan ianya adalah kunci kepada prestasi akademik yang baik dan kesejahteraan pelajar.



Kegembiraan yang anda hadirkan melalui sumbangan ikan ini bukan sekadar memberi rasa kenyang, tetapi juga memberikan dorongan semangat kepada para pelajar. Mereka yang berjuang dalam medan pengajian agama di maahad akan merasakan sokongan dan kepedulian dari saudara dan saudari yang prihatin.




Akhir kata, marilah saling berbuat kebaikan membantu bagi menyediakan hidangan berkhasiat yang akan menyumbang kepada kecergasan dan kesejahteraan para pelajar kami yang bersungguh-sungguh mengejar ilmu agama dan pengajian Al-Quran. Semoga Allah meluaskan rezeki dan melimpahkan keberkatan dalam kehidupan para dermawan yang menyokong kempen ini. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 13, 2023

MUHAMMAD TAUFIK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2023

Kempen Sumbangan Tamat