BANTU ENDIE UNTUK BUMBUNG RUMAHNYA

RM1,696 / 28.27 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

95 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sdr Endie menghabiskan usia menjaga ibunya, beliau tidak berkahwin untuk berbakti pada keluarga. Alangkah baik jika kita dapat turut bersama memberi senyuman.

Assalamualaikum


Kami di IKRAR BANTU telah berkunjung ke rumah Sdr Endie untuk menyampaikan bakul makanan, Alhamdulillah tercapai hasrat membantu beliau,


Sdr Endie tinggal bersama ibunya yang telah lanjut usia, dan anak-anak saudara yang masil kecil, beliau masih belum berkahwin, komitmen untuk menjaga ibunya.


Sebelum PKP beliau bekerja sebagai juruteknik elektrik,namun sejak dilaksanakan PKP, Sdr Endie terputus mata pencarian, hasil dari beliau lah untuk menampung keluarganya.


Rezeki yang tidak menentu memang menambah tekanan, bakul makanan yang diberi entah sampai bila mampu bertahan, tapi Sdr Endie berbisik kepada kami sebelum pulang apa yang dirisaukan bumbung rumahnya yang telah terbuka, keadaan menjadi lebih buruk ketika hujan.


Disamping itu, rumahnya kerap ditakungi air semenjak perumahan disebelah rumahnya siap dibina, air dari atas dan bawah memenuhi rumahnya.


Kami terpanggil untuk mewar-warkan hal ini kepada Tuan dan Puan semua, sekiranya ada lebihan boleh lah membantu Sdr Endie untuk membaiki bahagian dinding dan bumbung rumahnya.


Kecil bagi kita, mungkin besar baginya.


Abu Dzarr berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Senyummu kepada saudaramu ialah sedekah bagimu; kamu memerintah kepada kebaikan dan melarang kemungkaran ialah sedekah; kamu memberi petunjuk kepada seseorang sesat di jalan ialah sedekah; kamu melihat kepada seseorang yang tidak dapat melihat dan menolongnya sedekah bagimu; kamu menghilangkan batu, duri dan tulang di jalan ialah sedekah bagimu dan kamu memasukkan air daripada timbamu ke timba saudaramu sedekah bagimu.”


(HR Tirmizi)


Jazakallah.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 11, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 11, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 11, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 10, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 10, 2021

Kempen Sumbangan Tamat