Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN IKRAR NEGERI KEDAH
Dimulakan pada Jul 28, 2021
RM1,970 / 19.70 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
81 Penyumbang
Kempen Berakhir!
إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Maksudnya: "Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah: 271)
JOM BANTU KAMI UNTUK BANTU SAUDARA YUSUF
Pandemik Covid-19 dan PKP yang dilaksanakan sememangnya memberi banyak kesan kepada kita. Ramai yang terus diuji dengan kehilangan pekerjaan, terpaksa menutup peniagaan dan lebih sedih lagi ada yang diuji dengan penyakit yang membataskan pergerakan dan seterusnya hilang sumber pendapatan.
Bagi Sdr Yusuf, ibarat hilang segala-galanya apabila kakinya terpaksa dipotong baru-baru ini.
Beliau disahkan mengidap penyakit kencing manis yg kronik ( menyebabkan kaki kanan terpaksa dipotong ), kerosakan buah pinggang dan darah tinggi yg kronik. Keadaan ini menyebabkan isteri beliau terpaksa berhenti kerja untuk menumpu perhatian menjaganya.
Keluarga ini terpaksa meneruskan kelansungan hidup dengan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ), Lembaga Zakat Negeri Kedah ( LZNK ) dan ihsan orang ramai.
Mempunyai 5 cahayamata, dan anak bongsu pula mengidap Thalasemia. Mujur ada anak yang rajin membantu meringankan beban keluarga walaupun masih bersekolah.
Ibarat jatuh ditimpa tangga, keluarga ini telah menerima perintah mahkamah untuk mengosongkan rumah dan berpindah ke tempat lain.
Sehingga hari ini, Sdr Yusuf masih tidak tahu hendak berpindah kemana, apatah lagi untuk berpindah bukan memerlukan belanja yg sedikit.
IKRAR BANTU menyeru kita bersama-sama meringankan beban keluarga ini dengan turut sama menyumbang kepada Sdr Yusuf dan keluarga.
Bantuan yang diperlukan adalah wang tunai untuk :
1. Kos perubatan dari semasa ke semasa
2. Kos belanja seharian
3. Kos untuk berpindah
Boleh hubungi no di bawah utk sumbangan :
www.wassap.my/601116941186
www.wassap.my/60124696964
www.wassap.my/60133107121
Link facebook :
https://www.facebook.com/ikrar.bantu/
Sebarang sumbangan ikhlas adalah sangat diharapkan.
TERIMA KASIH.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jul 30, 2021
TAK PERLU TAHU
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 30, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 30, 2021
MUHAMAD FARHAN BIN HARON
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 30, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 30, 2021