ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Feb 07, 2022

RAYUAN DERMA UNTUK PASAR PERCUMA 2

RM580 / 2.32 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

37 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pasar Percuma? Ya, konsep seperti pergi pasar untuk beli barang basah cuma kali ini percuma khas untuk mangsa banjir B40 miskin yang masih terkesan dengan banjir luar jangka. Ayuh, kita bantu mereka!

𝗥𝗔𝗬𝗨𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 𝟮.𝟬


Banjir yang melanda Taman Sri Muda banyak meninggalkan kesan kepada mereka yang tinggal di sana. Banyak tanaman, sumber makanan, pengangkutan dan lain-lain habis musnah ditenggelami air banjir dalam temposh masa yang lama. 


Kesan dari banjir luar jangka serta luar biasa di Taman Sri Muda masih dirasai, terutama mereka yang memang sediakala B40 miskin. Kami di Iltizam terus cuba membantu mengikut kemampuan kami. Ketika banjir, kami telah memberi makanan panas dan air minum. Pasca banjir, kami bantu pelajar IPT mangsa banjir di Sri Muda mendapatkan laptop baharu.


Seorang lelaki juga pernah bertanya kepada Nabi SAW, "Perbuatan apa yang terbaik dalam Islam?" Nabi SAW menjawab, "Kamu memberi makanan kepada orang lain." Riwayat al-Bukhari dan Muslim


Gambar-gambar Free Market 1.0




Terkini, kami bercadang melaksanakan program "free market" (pasar amal percuma) untuk kali kedua, iaitu kami akan beri bantuan barang basah pula seperti ayam, ikan, sayur, bawang dan lain-lain. Hasil sumbangan anda nanti akan dimanfaatkan untuk membantu 200 keluarga di Taman Sri Muda, Selangor.


Semoga dengan bantuan seperti ini dapat mengurangkan beban mereka yang terkesan serta dapat kita berkongsi rezeki bersama mereka. Dari Ibnu ‘Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:


"Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar dari setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka".






Kami mengajak Tuan / Puan untuk menghulurkan sedekah / derma ikhlas untuk menjayakan “pasar amal percuma” ini. Semoga Allah mengkurniakan kemurahan rezeki untuk semua penyumbang kami.


“Sesiapa yang membeli sesuatu makanan janganlah dia menjualnya sebelum dia sendiri menerimanya.” - Riwayat al-Bukhari 

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Mar 05, 2022

NORHAWANI BINTI IDRIS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 04, 2022

Kempen Sumbangan Tamat