ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Sep 07, 2022

RAYUAN INFAQ BANTUAN KOMPUTER RIBA UNTUK SISWA

RM300 / 2.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan untuk membeli minima 5 buah komputer riba untuk membantu siswa miskin yang memerlukannya untuk pengajian di IPT. Setakat ini 48 siswa telah dibantu, 5 lagi diperlukan segera.



Rayuan Infaq Bantuan Komputer Riba Untuk Siswa


Apabila matinya seorang manusia, tiada amalan yang mana pahalanya terus mengalir melainkan 3 amalan ini:

1) Sedekah jariah

2) Ilmu yang dimanfaatkan

3) Doa anak yang soleh


(Rujuk: HR Muslim, No. 3092)



Sehingga 28 Ogos 2022, Iltizam Relief Society telah pun memberi bantuan komputer riba kepada 48 siswa IPT di Malaysia. In tidak termasuk peranti tablet yang diberikan kepada murid-murid sekolah ketika PKP dahulu. Seramai 48 siswa ini adalah anak-anak cemerlang dalam pendidikan sehingga mereka mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat IPT tempatan.



Bagi anak-anak seperti ini, belajar di universiti adalah satu impian yang besar. Ketika di bangku sekolah, ibubapa mereka telah menaruh harapan yang tinggi supaya anak-anak mereka cemerlang dalam pendidikan kerana hanya dengan keputusan cemerlang membolehkan mereka layak terus maju ke peringkat IPT pula.


Namun demikian, apabila anak-anak ini berjaya mencapai harapan menggunung ibubapa mereka itu lalu mendapat pula tawaran belajar di IPT, ibubapa mereka pula dalam dilema kerana tidak mampu membayar yuran dan menyediakan beberapa keperluan untuk pengajian anak-anak mereka belajar di IPT. Sebahagian siswa miskin ada yang bernasib baik kerana mendapat bantuan biasiswa kerajaan. Namun, masih tidak mencukupi untuk membantu mereka membeli beberapa alat sokongan untuk pengajian seperti komputer riba.



Setiap bantuan komputer riba baru berharga antara RM2,500 hingga RM3,500, bergantung kepada spek dan jurusan diambil oleh siswa terbabit. Buat masa ini kami perlukan dana untuk 5 buah komputer riba pada kadar segera. Bantuan komputer riba peribadi untuk siswa miskin ini tidak akan dapat diteruskan tanpa dana. Impian kami adalah membantu 100 siswa-siswa miskin dalam tahun ini jika mampu. Permohonan banyak namun kami bergantung 100% sumbangan dana orang awam.



Tanpa diragukan, pengajian di IPT hari ini tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada bahan-bahan bercetak semata-mata. Sebaliknya, penggunakan komputer telah menjadi satu keperluan asas bagi mempermudahkan para siswa mengakses sumber penyelidikan, mencatat nota secara berkesan, membaca slides kuliah dalam talian, serta menyediakan dan membentangkan assignment, meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan lain-lain. Pengajian di IPT juga tidak sama seperti di sekolah, siswa perlu berdikari untuk mencari bahan bacaan dan kajian tanpa bantuan pensyarah.


Maka dengan memiliki sebuah komputer riba peribadi sudah tentu akan meningkatkan lagi kemahiran para siswa ini dan berjaya ke menara gading. Disebabkan itu, Iltizam Relief memberikan bantuan komputer riba peribadi supaya siswa-siswa ini mendapat pengalaman pengajian IPT yang terbaik melalui projek Dana Pendidikan Iltizam (ACE Fund). Pendidikan adalah satu medium yang mampu mengubah masa depan anak-anak yang kurang bernasib baik. Semua anak-anak wajib diberikan peluang yang sama untuk pendidikan hingga ke peringkat tertinggi.


Kita tidak boleh membiarkan impian mereka pudar kerana kemiskinan!



Tonton harapan seorang ayah tentang masa depan anaknya di sini:


https://www.youtube.com/watch?v=s0HK5LeARPM&ab_channel=IltizamReliefSociety


Nota: Sebelum Mac 2022, Iltizam Relief Society dikenali sebagai Al-I'tisam Relief Program Association.


Jadikanlah ini sedekah jariah anda yang akan membantu anak-anak ini mendapat ilmu yang bermanfaat untuk masa depan mereka.


Sudikah anda membantu?


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

AZAM ABAS

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat