BANTUAN KECEMASAN MANGSA KEBAKARAN KG KALANSANAN INANAM KOTA KINABALU

Dimulakan pada:
22 Dec, 2023
BANTUAN KECEMASAN MANGSA KEBAKARAN KG KALANSANAN INANAM KOTA KINABALU
2.60%
RM260
/RM10,000
14
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Marilah bersama-sama berkongsi rezeki untuk membantu mereka yang di timpah kesusahan jika bukan kita siapa lagi. Ayuh kita bantu!

Marilah bersama-sama membantu mereka yang ditimpah musibah, jika bukan kita siapa lagi. Ayuh kita bantu mangsa kebakaran di Kg Kalansanan Inanam Kota Kinabalu, Sabah.

Kami di Pertubuhan Bakti Sabah terpanggil untuk menjalankan kempen Bantuan Kecemasan Mangsa Kebakaran di Kg Kalansanan Inanam Kota Kinabalu, Sabah. Kawasan tersebut sering kali berlaku kebakaran rumah mereka. Di mana mereka majoritinya adalah dari golongan yang kurang berkemampuan. Justeru itu, marilah kita bersama-sama berkongsi rezeki membantu bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung. 

SEORANG WANITA LUMPUH RENTUNG, KEBAKARAN DUA BELAS RUMAH DI INANAM KOTA KINABALU.

Saya sediakan laporannya seperti berikut:

KOTA KINABALU: Seorang wanita lumpuh rentung manakala empat cedera termasuk ibu mengandung dalam kebakaran membabitkan 12 rumah di Kalansanan, Inanam, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa Idam Hamid berusia lingkungan 50 tahun ditemukan dalam keadaan rentung oleh pasukan bomba sebaik kebakaran dapat dikawal.

Tangisan sedih ahli keluarga selepas lihat mayat mangsa yang terkorban dalam kebakaran di Kalansanan, Inanam, Kota Kinabalu.

Ketua Zon Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Kanan Bomba, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.10 malam.

Katanya, seramai 31 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati api sedang marak dan pasukan bomba segera melakukan pemadaman.

“Api berjaya dikawal jam 1.16 pagi dan menemui seorang mangsa dalam keadaan rentung,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Pasukan bomba memadam kebakaran rumah di Kalansanan, Inanam, Kota Kinabalu.

Katanya, tiga mangsa termasuk seorang wanita berusia 16 hingga 20 melecur dan seorang wanita mengandung berusia 23 tahun pengsan.

“Semua mangsa terbabit kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Kebakaran itu menyebabkan 12 rumah yang dihuni 14 keluarga musnah sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa.

Sementara itu, Pengarah Penguat kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Abdul Mukti Muchlish berkata, semua mangsa kebakaran akan ditempatkan di Dewan Serbaguna Likas.

Bantuan yang akan diberikan adalah barangan keperluan asas kepada pengurusan mangsa kebakaran di kampung tersebut. Kami menganggarkan sebanyak 12-15 penerima manfaat dan 1 keluarga akan mendapat barangan keperluan bernilai RM 500 seperti:

1. Tilam

2. Pakaian harian seperti baju dan seluar

3. Barangan mandi

4. Khemah

5. Lain-lain keperluan

Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat mengikut sumbangan yang diperoleh. Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menyumbang serendah RM10 untuk bantu mereka.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah SWT pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya." ( Hadis Riwayat Tabrani)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM60.00
Dec 25, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 24, 2023
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 22, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

RAYUAN INFAQ TONG AIR DAN AIR BERSIH ACEH
INFAQ MISI BANJIR ACEH BERSAMA MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA
SOKONGAN AIR BERSIH UNTUK MANGSA BANJIR MENJELANG RAMADAN
PAHALA JARIYAH MUDAHKAN WARGA SUMATERA UNTUK BERIBADAH
AGIHAN KIT KEBERSIHAN UNTUK MANGSA BANJIR SUMATERA
Kempen Sumbangan Tamat