Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Apr 19, 2023

HARTA KEKAL DI MASJIDIL HARAM

RM394,491 / 78.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000

16566 Penyumbang

152 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Betapa mudahnya mengumpul saham akhirat di Tanah Suci Mekah. Ayuh infakkan harta kita dengan sedekah Al-Quran!


Kami ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama menginfaqkan harta ke jalan Allah SWT iaitu dengan sedekah Al-Quran. Meskipun kita belum tentu sampai ke sana, namun harta kita sudah kekal ada dan sentiasa mengalir pahalanya kerana berjuta-juta umat Islam akan sentiasa membaca Al-Quran dengan menggunakan Al-Quran yang kita sedekahkan yang ada di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.


“Salah satu amal kebaikan yang pahalanya terus terbawa kepada si mati sampai ke alam kuburnya adalah sedekah dan mewariskan (mewakafkan) mushaf Al-Quran.” (HR.Bukhari)




Ramai dari mereka yang mengerjakan umrah dan haji semestinya menghabiskan masa beri’tikaf di Masjid Haram dan Nabawi untuk bertadarus dan membaca Al-Quran. Ambillah kesempatan ini agar sedekah kita akan terus berkekalan apabila Al-Quran yang kita sumbangkan digunakan di sana.



Semoga setiap sumbangan yang kita berikan akan menjadi pemberat timbangan dan dapat menyelamatkan kita dari seksaan api neraka dan membawa kita ke Syurga. Sesungguhnya sedekah ini hanyalah untuk mencari keredhaan Allah di samping keikhlasan kita untuk menyebarkan sedekah bagi manfaat diri dan orang lain.


وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِين


“Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezeki yang terbaik” (Saba’/34:39)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan