MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 15, 2025

INFAQ MEMBANTU PENDIDIKAN ANAK ASNAF SABAH

RM605 / 20.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

41 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jangan lepaskan peluang untuk berbuat kebajikan yang akan menjadi bekalan kita di akhirat . Jom gandakan pahala dalam membantu pendidikan pelajar tahfiz asnaf dari Sabah.


Bulan Zulkaedah merupakan salah satu bulan haram dalam Islam. Dalam bulan ini kita diharamkan sekali untuk berperang dan juga ia adalah bulan yang suci.



Oleh yang demikian itu, setiap kebajikan dan kebaikan yang dilakukan dalam bulan ini akan dilipatkali ganda pahalanya. Pihak maahad mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini, untuk membuka peluang kepada muslimin dan muslimat agar dapat menabung pahala berganda dalam infaq pendidikan anak asnaf dari Sabah yang menuntut ilmu agama di maahad ini.



Nama pelajar Muhammad Ihtishamul ini tidak asing lagi di sini kerana beliau adalah seorang pelajar yang berasal dari Tawau, Sabah. Beliau mempunyai azam yang kuat untuk menjadi seorang hafiz Al-Quran. Dengan bantuan yang disalurkan, tuan-tuan dan puan-puan turut menjadi sebahagian daripada perjalanan pelajar ini dan mendapat saham akhirat yang berlipat ganda.



Melalui sumbangan kalian, pihak mahaad berusaha membantu pelajar ini dengan menyediakan barang keperluan asas pembelajaran seperti kitab, alat tulis, pakaian, menampung pembiayaan yuran bulanan pelajar sebanyak RM250 serta memberikan wang saku untuk perbelanjaan pelajar tersebut. Selain itu, pihak maahad juga membantu membiayai tambang penerbangan kapal terbang apabila menjelang waktu cuti pengajian yang panjang seperti cuti Hari Raya Aidilfiitri.



Sehubungan itu, sumbangan anda walaupun kecil, tetapi kesannya sangat bermanfaat buat pelajar ini. Ayuh kita berganding bahu untuk membantu pelajar ini dalam mengejar keinginan dan menyebarkan kebaikan Al-Quran serta menyampaikan ilmu agama di pedalaman Sabah kelak. Semoga niat ikhlas kalian dalam membantu menyumbang dalam kempen ini menjadi bukti kasih dan sayang kalian terhadap agama Islam yang dibawa oleh baginda ﷺ.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2025

SITI KHAMISAH BINTI MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 18, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 18, 2025

Kempen Sumbangan Tamat