MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 17, 2024

PEMBELIAN VAN DEMI KEMUDAHAN ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM200 / 0.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM117,000

14 Penyumbang

18 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari kita menabung pahala dalam berinfaq pembelian van yang baru buat anak tahfiz yatim dan asnaf.


Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah merupakan institusi pengajian tahfiz yang sudah 15 tahun beroperasi. Pelajar di maahad ini terdiri daripada kalangan anak-anak yatim dan asnaf serta golongan yang kurang berkemampuan. Pihak maahad berusaha menyediakan pendidikan dan kemudahan seperti van agar memudahkan pergerakan anak-anak tahfiz ini ke solat jumaat, jemputan bacaan Yasin dan tahlil, jemputan solat jenazah, lawatan sambil belajar dan lain-lain lagi.



JEMPUTAN BACAAN YASIN TAHLIL.


Van yang sedia ada sudah uzur dan sering berlaku kerosakan. Pihak maahad kadang kala terpaksa menanggung kos penyelenggaraan van tinggi dalam usaha baik pulih van tersebut. Insya-Allah, dengan kehadiran van yang baru akan memberi kemudahan yang optimum kepada anak-anak tahfiz bergerak dalam jarak yang jauh seperti ke Kuala Lumpur. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos penyelenggaraan van-van yang uzur sekaligus mengurangkan beban yang ditanggung oleh pihak maahad selama ini.



Oleh itu, pihak maahad membuka peluang kepada tuan-tuan dan puan-puan yang budiman bagi membantu dalam kempen infaq pembelian van baru ini. Sumbangan yang dihulurkan bukan sahaja membantu meringankan beban pihak maahad dalam menghadirkan sebuah van yang baru bahkan menjadi saham akhirat yang mana akan memperolehi pahala yang mengalir selagimana ia dimanfaatkan lebih-lebih lagi untuk anak-anak tahfiz, yatim dan asnaf ini.



JEMPUTAN SOLAT JENAZAH


"Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya di dunia dan di akhirat." (HR Muslim)



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL


Bermula RM10, marilah kita menyumbang infaq ini bagi membantu kami mengumpul dana bagi pembelian van baru. Kos dianggarkan bernilai, RM117,000. Didoakan semoga semua penyumbang dimurahkan rezeki, diberi keberkatan hidup, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 18, 2024

NUR AFIQAH BINTI ADAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 18, 2024

ALAUDEEN MOHD MAIDEEN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 18, 2024

TAN SUE MEI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2024